Apakah pola ayat di bawah? Harap dapat memberi penjelasan untuk frasa kedua. Sekian, terima kasih. Makanan di kafeteria itu berpatutan harganya. Makanan di kafeteria itu =FN berpatutan harganya= ? | Makanan di kafeteria ialah frasa nama, manakala berpatutan harganya ialah frasa adjektif. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Adakah perkataan "andal" itu bahasa malaysia atau bahasa indonesia? Adakah penggunaan ayat seperti di bawah betul:- "...syarikat kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang andal dan berpatutan kepada setiap pelanggan......" | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak dinyatakan asal perkataan "andal" itu daripada mana-mana negeri. Oleh itu perkataan itu dianggap bahasa serumpun, iaitu bahasa Melayu kerana dalam Kamus Besar Indonesia juga terdapat perkataan "andal" dan tidak melabelkan perkataan itu daripada mana asalnya. "Andal" bermaksud boleh dipercayai atau boleh dijamin mutu atau kualitinya. Oleh itu ayat contoh yang tuan/puan beri itu: " Syarikat kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang andal dan berpatutan kepada setiap pelanggan" adalah betul. | Istilah | 04.02.2015 |
Saya mempunyai beberapa pertanyaan. 1. Selepas penggunaan perkataan menghadap - adakah perlu letak kata sendi 'ke' 2. Self catering: layan diri atau katering sendiri? 3. Adakah Affordable itu berpatutan atau mampu inap (dalam konteks hotel) 4. Mana yang betul, "dilengkapi dengan" atau "dilengkap dengan" Sekian terima kasih. | 1. Dalam Kamus Pelajar, menghadap bermaksud 1 menghala; mengarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dengan panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dalam surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yang dikasihi. Berdasarkan takrifan tersebut, kata sendi nama ke perlu diletakkan atau tidak berdasarkam konteks ayat. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self catering ialah makan sendiri. 3. Padanan yang sesuai ialah berpatutan. 4. dilengkapi dengan... | Tatabahasa | 02.10.2014 |
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan frasa "Seyogia diingatkan" yang sering digunakan dalam surat rasmi. Terima kasih | Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan. Mohon penerangan maksud perkataan 'SAYUGIA' beserta penerangan atau contoh ayat yang sesuai. Terima kasih. | Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. | Makna | 26.08.2015 |
apakah maksud sebenar perkataan "sayugia". Perkataan ini sering digunakan dalam penulisan surat seperti "sayugia diingatkan..." Dari manakah asal perkataan ini? | Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. | Makna | 23.02.2009 |
Azilah Zainal Jun 24th, 12:23pm salam, saya Azilah seorang staff di pusat sumber di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Bagaimanakah caranya untuk saya mencari sumbangan buku-buku dari pihak2 tertentu atau dimanakah saya boleh mendapatkan buku dengan harga yang berpatutan | Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.06.2014 |
'Sayugia' maksud dan adakah ayat ini masih digunakan? Terima kasih di atas bantuan yang diberikan. | Ejaan yang tepat ialah seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya. Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. | Makna | 30.05.2017 |
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | 2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan, merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama. 3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini! 4. Betul. 5. Betul. 6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang. 8. Betul. 9. Betul. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu. 11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Assalamualaikum Tuan/Puan, Sebagai introduksi, nama saya Mohd Ayub bin Ladin. Saya seorang pelajar tajaan MARA ke Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Mohd Ayub ingin tanya DBP kenapa tidak ada perkataan Bahasa Melayu untuk 'United Kingdom'. Sebagai rujukan, bahasa kita sudah pun ada perkataan untuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Mesir dll. Bahasa kita dah semakin matang dan lengkap. Adalah agak memalukan bahawa kita masih menggunakan bahasa penjajah untuk negara UK. Mohd Ayub telahpun berbincang isu ini dengan kawan-kawan. Kita cadangkan nama 'Tanah Bersepadu' adalah translasi yang berpatutan. Sekian, Mohd Ayub bin Ladin. | Untuk makluman, nama negara dan ibu kota telah dibincangkan dalam Sidang Ke-31 Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia pada tahun 1992. Antara keputusannya ialah: Nama-nama negara dan ibu kota yang telah lazim digunakan dalam versi bahasa Inggeris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah dikekalkan walaupun negara berkenaan mempunyai versi bahasanya sendiri. Nama negara dan ibu kota yang telah biasa dikenali dengan nama bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Berdasarkan maklumat di atas, United Kingdom dikekalkan ejaan versi bahasa Inggeris dan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Mesir diterima kerana telah biasa dikenali dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.02.2011 |