Saya mempunyai beberapa pertanyaan. 1. Selepas penggunaan perkataan menghadap - adakah perlu letak kata sendi 'ke' 2. Self catering: layan diri atau katering sendiri? 3. Adakah Affordable itu berpatutan atau mampu inap (dalam konteks hotel) 4. Mana yang betul, "dilengkapi dengan" atau "dilengkap dengan" Sekian terima kasih. | 1. Dalam Kamus Pelajar, menghadap bermaksud 1 menghala; meĀngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dengan panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dalam surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yang dikasihi. Berdasarkan takrifan tersebut, kata sendi nama ke perlu diletakkan atau tidak berdasarkam konteks ayat. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self catering ialah makan sendiri. 3. Padanan yang sesuai ialah berpatutan. 4. dilengkapi dengan... | Tatabahasa | 02.10.2014 |
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah ini | Ayat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...". | Tatabahasa | 15.03.2017 |
Saya hendak bertanya apakah perbezaan yang betul dan yang sesuai? Saya juga hendak bertanya frasa yang mana betul, di waktu malam atau pada waktu malam? | Menurut data kami, perkataan betul bermaksud 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) peribahasa angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; manakala perkataan sesuai ialah 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan): bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;. Frasa yang betul ialah pada waktu malam kerana perkataan "pada" sesuai merujuk pada waktu dan "di" merujuk pada tempat.
| Tatabahasa | 29.12.2015 |
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata? | Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah. 1"> Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar1"> Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik. | Istilah | 11.01.2015 |
'Sayugia' maksud dan adakah ayat ini masih digunakan? Terima kasih di atas bantuan yang diberikan. | Ejaan yang tepat ialah seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya.1"> Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. 1"> | Makna | 30.05.2017 |