Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1 berpegang kuat-kuat: Tangan kanannya ~ pd dahan, sementara tangan kirinya memetik buah. 2 terletak atau terikat erat-erat (bkn tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang panjang itu ~ pd junjungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berpaut sehasta tali.

Bermaksud :

Tidak dapat berbuat sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya.Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya.Istilah14.07.2020
penggunaan di dan pada Cikgu Ali menulis mutiara kata pada/di papan hitam.

Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat ini ialah pada kerana kata sendi nama "pada" digunakan bagi menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain: berpaut pada palang besi,  tersangkut pada tiang telefon, ditampal pada papan kenyataan dll. Kata sendi nama "di"  digunakan khusus di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya di sekolah, di perhentian bas dll. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265  dan 274.

Tatabahasa03.12.2010
Sila jelaskan perbezaan antara "bergantung pada" dan "bergantung kepada". Terima kasihFrasa yang gramatis ialah "bergantung pada". Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284. Tatabahasa25.08.2011
Salam Ramadan, 1. Bergantung pada / kepada Yang mana satu betul ? Ada pandangan yang mengatakan kedua-keduanya betul, cuma maksud yang berbeza. Terima kasih.Frasa yang gramatis ialah "bergantung pada". Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284.Tatabahasa19.07.2013
knp ayat 'bergantung kepada guru.' salah? bergantung pada usaha. betul ke? boleh jelaskan tq

Saudara Yu,

Frasa 'bergantung pada' merupakan frasa yang betul. Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa28.07.2009
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan "brachiation". "Brachiation" ini adalah istilah bahasa Inggeris yang bermaksud berayun dari satu sokongan ke satu sokongan. Contoh ayat,"Siamang di dalam kawasan keliarannya bergerak secara berayun dari satu dahan ke satu dahan untuk mencari makan". Adakah istilah khusus maksud berayun dari satu sokongan ke satu sokongan yang lain? Mohon pencerahan. Terima kasihKami mencadangkan "brachiation" diterjemahkan sebagai "berayun", "berpaut" atau "brakiasi". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah26.09.2021
Bagaimana meningkat koheren dan kohensi dalam penulisan formal dan bentuk cereka, novel dan cerpen.
Bagus kerana saudara mengambil berat tentang prinsip asas dalam linguistik teks dan retorik terutama amalan praktis untuk meningkatkan koheren serta kohesi dalam penulisan formal dan kreatif. 

Ringkasnya, koheren tentang idea wacana tersusun dan logik, manakala kohesi tentang keterkaitan hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan satu wacana yang lengkap dan gramatis. 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Formal:

Susun Rangka Penulisan Secara Sistematik: Mulakan dengan pengenalan yang jelas, diikuti isi utama yang tersusun mengikut topik, dan diakhiri dengan kesimpulan yang menguatkan mesej.

Gunakan Kata Hubung yang Sesuai: Antara misalan termasuklah "oleh itu", "selain itu", "bagaimanapun", "seterusnya", untuk mengaitkan idea agar aliran tulisan lebih lancar.

Jaga Kesinambungan Idea: Setiap perenggan harus berpaut kepada idea utama. Elakkan lompat dari satu perkara ke perkara lain secara tiba-tiba.

Periksa Gaya Bahasa dan Tatabahasa: Penulisan formal memerlukan bahasa yang tepat dan lengkap dari segi tatabahasa untuk memudahkan pemahaman.

 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Cerpen, Novel, dan Cereka:

Bangunkan Plot dan Tema dengan Jelas: Pastikan jalan cerita tersusun dengan baik supaya pembaca boleh mengikuti perkembangan cerita dengan mudah.

Gunakan Dialog dan Naratif yang Bersifat Kohesif: Dialog antara watak harus berkaitan dengan keadaan cerita dan naratif menjelaskan suasana, perasaan, atau tindakan watak secara jelas.

Pengulangan dan Sinonim: Penggunaan perkataan yang berulang atau sinonim dapat membantu mengekalkan fokus pembaca dan sambungan antara ayat dan perenggan.

Perhatikan Gaya Bahasa: Dalam bentuk sastera, bahasa boleh bersifat lebih kreatif tetapi jangan sampai mengganggu kelancaran pemahaman.

Untuk rujukan tambahan, sila dapatkan buku tulisan Asmah Haji Omar, Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah di kedai Ujana Buku DBP atau layari DBPniaga (dbpniaga.my).




Karya21.07.2025

Kembali ke atas