Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Sayang Serani Cina ulaman,
     Sedikit tidak berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
     Sedikit tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung),
     dahan mengajur tempat tupai menegun.

Bermaksud :

Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

218

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.Lain-lain29.11.2011
Yang mana lebih tepat: a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.Lain-lain29.11.2011
berpegang teguh pada janji atau berpegang teguh kepada janji? contoh ayat - Semoga kita sentiasa berpegang teguh kepada janji...​Kedua-dua kata sendi nama "pada" dan "kepada" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, kata sendi nama "pada" lebih lazim digunakan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 272-276.

Tatabahasa08.08.2025
Assalamualaikum, "Berpegang kepada sabda Rasulullah" atau "Berpegang pada sabda Rasulullah"? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Berpegang pada sabda Rasulullah".Tatabahasa27.03.2024
berpegang teguh pada ajaran agama atau berpegang teguh kepada ajaran agama? mana satu yang betul?Frasa yang betul ialah 'berpegang teguh pada ajaran agama'. Tatabahasa06.04.2011
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)berpegang teguh kepada ajaran agama ATAUPUN (B)berpegang teguh pada ajaran agamaUngkapan yang betul ialah "berpegang teguh pada ajaran agama".Tatabahasa27.05.2011
maaf. sama seperti soalan yang tadi, jika ditukar kepada ikrar. berpegang teguh kepada ikrar atau berpegang teguh pada ikrar? terima kasih​Perkataan "janji" dan "ikrar" mempunyai maksud yang sama. Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata sendi nama "pada" dan "kepada" boleh digunakan dalam contoh frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, kata sendi nama "pada" lebih lazim digunakan dalam frasa atau ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 272-276.Tatabahasa08.08.2025
Salam sejahtera, Contoh ayat; A(Adik-beradik) itu B(berpegang) tangan ketika menyeberangi titi kecil yang meringtangi longkang yang C(dalam) itu. Jawapan B iaitu berpegang dikatakan salah, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya ? Bolehkah perkataan menuntun digunakan ?Perkataan yang boleh digunakan ialah menuntun dan memimpin. Sila layari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna bagi perkataan tersebut.Makna27.02.2013
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih.

1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum.

Tatabahasa20.06.2008
1) berikut adalah ayat yang akan digunakan dalam satu iklan jam CYMA. Betulkah penggunaan ayat tersebut ataupun tidak jelas maksudnya??? Sesetengah Orang Berpegang Teguh Kerana Prinsip Teguh kerana Kehendak.Dua teks dikemukakan. 1. Sesetengah orang berpegang teguh pada prinsip 2. Teguh kerana kehendak   Tatabahasa23.09.2008
12345

Kembali ke atas