Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pen.da.pa.tan] | برڤنداڤتن

Definisi : mempunyai atau beroleh pen­dapatan: golongan yg ~ rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pen.da.pa.tan] | برڤنداڤتن

Definisi : beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpendapatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. Ayat di bawah merupakan pilihan soalan peperiksaan PMR[a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang naik". [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang yang menaik" [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat kenaikan harga barang". Antara ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih.Jawapan yang betul ialah [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang.Lain-lain15.04.2010
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. [a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat harga barang naik. [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang. Antara kedua-dua ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. unutk makluman, "akibat" ialah kata hubung bagi ayat tersebut. Harga barang naik merupakan klausa, manakala kenaikan harga barang ialah frasa nama. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa29.07.2009
saya nak tanya macam mana nak membetulkan ayat -ayat tersebut ? 1) Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil. 2) bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah. terima kasih atas tunjuk ajar

'Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil' dan 'Bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah', kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa12.04.2011
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar.

3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak.

4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 

5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul.

Tatabahasa07.12.2009
Asalamualaikum. Saya ingin mendapatkan huraian maksud "ekonomi berpendapatan tinggi" sebagaimana yang terdapat dalam bajet 2010

Frasa tersebut merupakan istilah yang khusus dalam bidang ekonomi atau mempunyai takrifan tertentu dalam  bajet 2010. Saudara hendaklah merujuk buku ekonomi yang berkaitan dengannya untuk mendapatkan makna yang lebih terperinci.

Makna26.03.2010
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "rag-picker" yang digunakan bagi merujuk pekerjaan dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah? Terima kasih.Setelah dirujuk, perkataan ini tiada dalam buku istilah DBP.  Pihak kami akan merujuk Bahagian Peristilahan untuk mendapatkan padanan istilah yang sesuai.  Jawapan akan diberi melalui e-mel dan mungkin mengambil masa.Istilah19.01.2015
“pendapatan lumayan” “pendapatan tinggi”...adakah kedua-kedua ini betul?Ayat pendapatan lumayan ini betul dari aspek tatabahasanya, manakala ayat yang betul untuk pendapatan tinggi ialah berpendapatan tinggiLain-lain07.10.2020
adakah perkataan 'berpencapaian' ada terkandung dalam Bahasa Melayu?Perkataan "berpencapaian" tidak ada dalam Kamus Dewan tetapi pembentukan perkataan tersebut diterima dalam bahasa Melayu. Konsep perkataan tersebut sama dengan perkataan seperti berpendapatan, berpengalaman dan lain-lain.Tatabahasa08.05.2013
Assalam Tuan Sulaiman. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan slogan organisasi yang betul mengikut garisan tatabahasa yang dibenarkan oleh pihak DBP. slogan tersebut seperti dibawah:- "MEMPERKASA SOSIOEKONOMI ISI RUMAH KELUARGA MISKIN" Sekian terima kasih diatas tindakan dan kerjasama daripada pihak tuan.Salam.

Untuk slogan tersebut, dicadangkan supaya digunakan: MEMPERKASAKAN SOSIOEKONOMI ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH.
Lain-lain06.11.2015
12

Kembali ke atas