apakah maksud dominan? | Makna dominan ialah: 1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb; 2. (Bio) berkenaan sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia; 3. (Bio) berkenaan banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. | Makna | 02.01.2013 |
Golongan muda merupakan generasi yang amat berpengaruh dalam sesebuah novel. Apakah definisi 'golongan muda' dan tafsirannya berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda? Apakah kesan pemaparan golongan muda terhadap jalan cerita sesebuah novel? Apakah tafsiran sikap individuistik berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? | Secara umum golongan muda yang dimaksudkan ialah penulis muda dalam kesusasteraan kebangsaan yang lingkung umur mereka sekitar 18 tahun hingga 40 tahun. Berkaitan dengan soalan 'kesan pemaparan penulis muda dalam sesebuah novel' memerlukan satu kajian yang boleh dibuat berdasarkan satu atau beberapa buah karya yang dihasilkan oleh penulis muda dalam lingkungan umur di atas. Begitu juga dengan soalan berkaitan dengan 'tafsiran sikap individulistik' penulis muda juga memerlukan kajian. | Lain-lain | 20.06.2010 |
1) Merupakan seorang pekerja atau ketua kampung yang berpengaruh di kampung asalnya dan perjalanannya ditanggung oleh majikan serta mendapat komisyen untuk setiap pekerja yang dibawa masuk atau rekrut oleh beliau. Saya ingin tahu siapakah yang dimaksudkan di dalam pernyataan tersebut? 2) Ejen Kerajaan India telah dilantik untuk menyiasat aduan pekerja dikenali sebagai? Terima kasih. | Harap maaf, pihak kami tidak dapat memberi maklum balas tentang persoalan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Oleh itu, kami mencadangkan agar sdr. merujuk terus dengan Kementerian Sumber Manusia atau Kedutaan India di Malaysia . Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut: Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
| Lain-lain | 11.11.2010 |
Yang manakah kata yang tepat? Mempengaruhi ataupun memengaruhi. Harap boleh mendapat penjelasan. Sekian, terima kasih. | Penggunaan yang tepat ialah mempengaruhi. Mempengaruhi bermaksud berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kepada, atau menguasai. | Lain-lain | 06.09.2021 |
Apakah perbezaan antara pedalaman dan pendalaman? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Istilah | 21.10.2009 |
pedalaman /pendalaman | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja. | Makna | 24.05.2010 |
ejaan yang betul untuk pendalaman @ pedalaman | 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja. . | Makna | 01.07.2009 |
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin. | Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
1. VIP & VVIP dalam Bahasa Malaysia 2. Apa perbezaan VIP & VVIP? | 1. VIP dalam bahasa Melayu ialah orang penting atau orang kenamaan. VVIP pula ialah tetamu kehormat utama. 2. VIP terdiri daripada golongan yang lebih penting daripada orang kebanyakan, manakala VVIP pula terdiri daripada golongan yang amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya. | Istilah | 15.12.2020 |
Apakah cadangan terjemahan untuk istilah 'influencer' yang merujuk kepada orang yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai dalam media sosial dsb? Terima kasih | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk influencer. dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah orang berpengaruh. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.03.2017 |