makna istilah uzur | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit 2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan 3. (kiasan) a. datang bulan, haid b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi. | Makna | 27.01.2011 |
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'bertanya', 'bertanyakan', 'menanya' & 'menanyakan'? Bukankah selepas perkataan 'bertanyakan' & 'menanyakan' tidak memerlukan kata sendi? Bolehkah encik memberikan penjelasan yang detail. Terima kasih. | Bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu atau meminta keterangan, contohnya maka ia bertanyalah khabar ibu dan saudaranya bertanyakan bermaksud meminta keterangan mengenai sesuatu, contohnya maka aku pun bertanyalah hal negeri itu menanya bermaksud bertanya kepada, contohnya seorang guru sekolah tempatan menanya Profesor Arthur Lew satu soalan dan menanyakan bermaksud meminta keterangan tentang sesuatu kepada, contohnya temuilah doktor utk menanyakan apakah berpenyakit atau tidak. Berdasarkan huraian dan contoh yang diambil daripada Kamus Dewan itu, perkataan bertanya dan bertanyakan banyak digunakan dalam teks lama, manakala perkataan menanya dan menanyakan banyak digunakan dalam teks moden. | Tatabahasa | 24.06.2012 |