a)Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. b)Petronas berperanan mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. manakah penggunaan imb me..kan adalah betul? | Ayat yang betul ialah a) Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat di bawah : Ibu bapa perlu berperanan penting tentang keselamatan anak-anaknya. | Ayat yang lebih gramatis ialah Ibu bapa berperanan penting tentang keselamatan anak-anaknya." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi. | Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. | Makna | 08.07.2007 |
Ibu bapa perlu berperanan penting ___ keselamatan anak-anaknya. 'tentang' / 'dalam' / 'terhadap', yang manakah paling sesuai ? | Terhadap - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Jawapan yang paling tepat ialah tentang. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian | Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan. | Lain-lain | 03.09.2009 |
Salam, saya ingin tahu..sebenarnya, perkataan 'kemudian' berperanan sebagai kata hubung ataupun sebagai penanda wacana?Hal ini adalah kerana perkataan 'kemudian' tersenarai dalam kata hubung gabungan dalam tatabahasa dewan sedangkan setelah sekian lama penulis (kebanyakannya guru sekolah) mengelaskan perkataan tersebut dalam penanda wacana. Sekian, terima kasih. | Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. "Kemudian" antara contoh kata hubung gabungan. Penanda wacana digunakan untuk meweujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. 'Kemudian' antara contoh penanda wacana penghubung jenis tempoh iaitu penanda penghubung yang menunjukkan murutan masa atau siri berlakunya sesuatu. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
makna bahasa menyatukan bangsa | Bahasa menyatukan bangsa bermakna bahasa berperanan sebagai alat perpaduan untuk menyatukan masyarakat berbilang bangsa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku yang berkenaan atau dapatkan maklumat di pusat bahasa IPTA/IPTS. | Lain-lain | 23.03.2010 |
bagaimanakah peranan laman web dalam penguasaan berbahasa. | Laman web memang berperanan dalam memberikan maklumat dan memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat selain merujuk buku dan bahan bacaan. Ini bermakna bahan/maklumat yang diperoleh boleh membantu dalam menguasai atau memahirkan penguasaan berbahasa. | Lain-lain | 14.08.2007 |
Perkataan 'justeru' bukan penanda wacana. Jika 'justeru' bukan penanda wacana, mungkinkah 'justeru' berperanan sebagai kata hubung ? Adakah ayat di bawah boleh diterima? 1. Justeru, para pelajar diwajibkan hadir pada petang ini. 2. Hujan yang turun tanpa henti-henti, justeru menyebabkan banjir kilat berlaku. | Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; "Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 atau merujuk terus penulis buku tersebut seperti Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Penggunaan justeru dalam kedua-dua contoh ayat yang diberi adalah kurang tepat. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
Salam sejahtera, Saya ada beberapa soalan tentang perkembangan tulisan jawi di negara ini. 1-Bagaimana pihak DBP berperanan dalam mengekalkan warisan ini. 2-Bagaimana sambutan para pelajar terhadap tulisan jawi pada masakini. 3-Apakah kelebihan lain menguasai tulisan jawi selain daripada menguasai asas bahasa arab dan memantapkan amalan fardhu ain. Sekian, terima kasih. | 1- Pengeluaran buku teks Jawi, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, penganjuran ceramah Jawi, penyelidikan tentang Jawi, dll. Usaha memartabatkan semula tulisan Jawi sekarang ini sebenarnya bermula daripada usaha DBP. 2- Pelajar sekarang semakin celik Jawi terutama pelajar sekolah rendah selepas J-Qaf diperkenalkan. 3- Sekiranya anda mahir dalam seni khat anda boleh manfaatkan bakat anda itu untuk menjana pendapatan sampingan anda. | Lain-lain | 30.10.2008 |