Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.per.gian] | برڤرݢين

Definisi : pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.per.gian] | برڤرݢين

Definisi : berjalan atau pergi ke tempat yg jauh: Semasa cuti sekolah, mereka selalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ap itu ''berpergian''?contoh ayat..?Berpergian bermaksud pergi (berjalan dan lain-lain) ke tempat yang jauh, contohnya "Sejak keretanya rosak, ia sukar berpergian".Tatabahasa31.05.2011
apakah beza maksud pemergian dan kepergian?

Pemergian bermaksud perbuatan atau hal berpergian manakala kepergian ialah perihal pergi atau keberangkatan.

 

Makna14.08.2010
perkataan seerti dengan perkataan tumpang

Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang  kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai  6 tafsiran, iaitu:

1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung.  

2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja.

3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara.

4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma.

5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb).

6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut  serta.

Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. 

Istilah18.02.2009
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009

Kembali ke atas