Berhubung dengan soalan mengenai perkataan cider sebelum ini. Bolehkah saya menulis dekat label makanan saya sebagai Minuman Berkarbonat Berperisa Cider atau Minuman Berkarbonat Berperisa Sider sebagai nama sebutan sebenar yang betul | Frasa yang betul ialah Minuman Berkarbonat Berperisa Sider | Tatabahasa | 07.01.2020 |
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat?? | 1. Kek berperisa coklat. 2. kedua-duanya betul. 3. Satu lembaga. 4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun. 5. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 07.05.2013 |
kek berperisa oren -- adakalah ini betul? suatu lembaga -- adakah ini betul? | Jawapannya ialah kek berperisa oren, dan suatu lembaga (untuk benda yang abstrak). | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan lebih sesuai bagi "mentholated cigarette", sama ada rokok bermentol atau rokok berperisa mentol? Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi istilah "mentholated cigarette" ialah rokok berperisa mentol | Makna | 26.09.2016 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang disediakan di tepi meja. 2. Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang berperisa epal di meja. | Yang betul ialah Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang disediakan di tepi meja. | Tatabahasa | 02.03.2019 |
apakah terjemahan bagi 'pulao rice' | Terjemahan bagi pulao rice atau dikenali sebagai pilaf rice ialah nasi pilau iaitu makanan daripada beras atau gandum, dididihkan di dalam cecair berperisa, dan biasanya mengandung daging, atau ikan. | Makna | 03.10.2017 |
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. | 1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan. | Tatabahasa | 05.10.2008 |