Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.san] | برڤسن

Definisi : 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagang­an), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.san] | برڤسن

Definisi : 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat, dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal, ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesan
Kata Terbitan : pesanan, berpesan, memesan, pemesanan,

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kedua-dua dialog ini sama maksud dan betul?? "Abang, ayah berpesan supaya abang menunggang basikal dengan berhati-hati" " Abang, ayah berpesan supaya berhati-hati semasa menunggang basikal."Kedua-dua ayat tersebut sama maksudnya. Walau bagaimanapun ayat yang betul ialah “Abang, ayah berpesan supaya berhati-hati semasa menunggang basikal.”  Tatabahasa24.07.2024
Puan, Bolehkah puan jelaskan ayat berikut yang berbunuyi : Saya berpesan kepadanya,"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembayangi". Terima kasih.Ungkapan tersebut betul kerana dalam frasa "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", sembahyangi ialah kata kerja aktif transitif dan kata kerja ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "... kamu disembayhangi".
Tatabahasa19.02.2013
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama?"agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.
Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa08.10.2012
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.

1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu.  2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara.  3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur.  4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 

5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu  hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal.

6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan.  7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.

Tatabahasa18.12.2008

Kembali ke atas