Tidur berlantaikan simenlah pekerja-pekerja yang berpiket itu. apabila ayat ini disongsangkan, perlu ke letak partikel 'lah iaitu Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simen atau simenlah? yang mana satu betul? | Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simenlah. - perlu diletakkan aprtikel "lah" | Tatabahasa | 25.05.2011 |
mohon tuan betulkan penggunaan kata hubung dan huraiannya, dalam ayat majmuk di bawah: 1.pekerja kilang itu akan terus berpiket selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. 2.pekerja kilang itu akan terus berpiket jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. terima kasih tuan. Ini adalah untuk penjelasan kpd anak murid pt3 saya | Kedua-dua ayat tersebut betul. Penggunaan kata hubung “selagi” merujuk sesuatu hal yang masih belum berhenti. Manakala “jika” merujuk kepada syarat. | Tatabahasa | 10.03.2018 |
Saya ingin bertanya, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan untuk menerangkan satu kumpulan didalam surat rasmi kepada ahli persatuan. Samada menggunakan perkataan "kami" atau "kita".Contohnya, "seramai 100 orang ahli kami telah berpiket", atau , "seramai 100 orang ahli kita telah berpiket". Perkataan mana perlu dipakai. Ada yang mengatakan perkataan "kita" tidak boleh digunakan dalam persuratan rasmi kerana ianya kasar. Betulkah? | Dalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan tersebut tidak sesuai digunakan. Lebih tepat "seramai 100 orang ahli persatuan telah berpiket". Kata sapaan hormat yang paling sesuai dan tepat digunakan ialah "kami" kerana "kita" merujuk sekumpulan individu termasuk penerima surat. | Tatabahasa | 10.12.2007 |