Salam sejahtera Tuan, Wang yang diberikan kepada orang yang diminta berpindah ke tempat lain dipanggil apa? 'Wang pindah' atau 'pampasan untuk berpindah'?Sekian, terima kasih. | Frasa yang boleh digunakan ialah wang pampasan untuk berpindah. | Tatabahasa | 23.09.2013 |
Dia akan berpindah ke Melaka pada minggu ini atau minggu hadapan. Adakah ayat tersebut betul atau salah? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? | Ayat "Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad." adalah betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
"Saya tidak akan melupakan semua pelajar di kelas di kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." atau "Saya tidak akan melupakan semua pelajar dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." Antara ayat di atas, yang manakah betul dan mengapakah jawapan tersebut betul? | Ayat betul ialah Saya tidak akan melupakan semua pelajar di dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. "Di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Adakah ayat di bawah gramatis? Ada satu keluarga Cina baru berpindah ke tempat saya. | Ayat yang gramatis: Terdapat sebuah keluarga Cina yang baru berpindah di tempat saya. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah.adakah ayat tersebut betul atau salah Sebelum berpindah, Cassandra telah menjelaskan semua hutang-hutangnya. | Ayat yang gramatis ialah Sebelum Berpindah, Cassandra telah menjelaskan semua hutangnya. | Tatabahasa | 03.11.2011 |
Apakah perbezaan antara baru dan baharu. Sila semak adakah penggunaan perkataan untuk ayat berikut betul. *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baru. atau *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baharu. *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baru untuk mereka. atau *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baharu untuk mereka. | Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Tatabahasa | 13.01.2017 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUM | Sila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah. Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
Saya baru saja berpindah kedai dari alamat No.13, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor ke kedai yang baru di alamat No. 8, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Kelulusan papan iklan kedai lama seperti di lampiran dan no. rujukan pengesahan ialah DBP/KPB/201306/02427 tarikh 09/06/2013. Saya juga telah memindahkan papan iklan yang sama ke kedai yang baru tanpa ada apa-apa perubahan pada papan iklan tersebut. Saya masih mengekalkan syarikat yang sama dan nama kedai yang sama bagi kedai saya yang baru. Perlukah saya memohon semula kepada DBP untuk kelulusan yang baru kerana saya akan memohon lesen perniagaan dari MBSA bagi kedai di alamat yang baru. Saya tidak lagi menjalankan perniagaan bagi White House Fashion di kedai yang lama. Sekian, terima kasih. | Masalah ini perlu dikemukakan kepada MBSA kerana DBP hanya mengesahkan bahasa Melayu sahaja dan perkara ini adalah di luar bidang kuasa DBP. | Lain-lain | 18.12.2013 |