Asebelum berpisah,kedua-dua orang sahabat itu saling bermaafan B Sebelum berpisah, kedua-dua orang sahabat itu saling bermaaf-maafan apakah perbezaan antara A dengan B, haraplah unsyi berikan nasihat tentang saling bermaafan dan saling bermaaf-maafan HARAPLAH MUNSYI DAPAT BERIKAN SEDIKIT TUNJUK AJAR. TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaaf-maafan bermaksud saling memberi ampun. Oleh itu, ayat yang betul ialah: Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu saling bermaafan atau Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu bermaaf-maafan | Makna | 25.03.2012 |
Kemusykilan tentang binaan ayat-ayat yang berikut. Yang mana satu betul 1. Mereka saling bersalam-salaman sebelum berpisah 2. Mereka bersalaman sebelum berpisah 3. Mereka saling bersalam sebelum berpisah | Ayat yang betul ialah ayat 2. Sila rujuk Kamus dewan Ediis Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 25.10.2010 |
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TK | Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. Munyi, memohon maaf atau meminta maaf sesuai digunakan? TK | Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali __________ . kenapa jawapanya ialah bongkar-bangkir? dan bukanya kelam-kabut? | Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali bongkar-bangkir/kelam-kabut. Merujuk Kamus Dewan kedua-duanya betul kerana bongkar-bangkir dan kelam-kabut bermaksud kacau-bilau. | Tatabahasa | 15.08.2008 |
MAKSUD SEPERATED | Padanan bahasa Melayu bagi kata separated ialah adj living apart, berpisah, terasing: the couple are now ~, kini pasangan itu telah berpisah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan. | Makna | 16.10.2010 |
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabut | A. Bongkar-bangkir. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH | Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 13.04.2009 |
Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul? | Ejaan yang betul ialah kokurikulum | Ejaan | 06.08.2007 |
bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang dieja bersambung dan berpisah | Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang dianggotai oleh pakar-pakar bahasa memutuskan sebanyak 15 perkataan dieja bercantum sebagai satu perkataan (kata majmuk yang telah mantap). Antaranya ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, sukarela, tandatangan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 73. | Tatabahasa | 25.09.2008 |