Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.po.la] | برڤولا

Definisi : mempunyai pola: sampel ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpola


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang ayat berikut dari segi pola ayat dasarnya. 1. Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia. Apakah berpola FN + FK atau FN + FA? Sekian terima kasih.Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa11.02.2011
Salam sejahtera. Biasanya, kami menulis ayat “Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid.” Persoalannya, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa jika ditulis begini? “Tujuan aktiviti ini ialah memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid.” Terima kasih.

Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama+frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: a) Samsuri ialah rakan karib saya. (FN+FN) b) Beliau ialah ketua murid sekolah ini (FN+FN) c) Demam denggi ialah penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama+frasa adjektif dan frasa + frasa sendi nama. Contoh dalam ayat: a) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA) b) Hadiah itu adalah untuk tetamu istimewa pada malam ini. (FN+FS) c) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

Oleh itu, berdasarkan pertanyaan daripada pihak tuan/puan, kata "ialah" tidak sesuai digunakan dalam ayat yang dinyatakan.

Tatabahasa09.02.2019
Pertanyaan tentang penggunaan ialah dan adalah Ayat yang mana satu betul. a. Antara kebaikan membaca ialah menambahkan ilmu pengetahuan. b. Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Tatabahasa25.08.2019
Jawapan yang manakah betul berdasarkan soalan berikut? Apakah tujuan penganjuran lawatan sambil belajar? a. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar ialah memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. b. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Tatabahasa25.08.2019
Penggunaan kata pemeri. Adakah simbol atau ialah simbol?

Soalan yang pihak tuan/puan ajukan tidak berapa jelas, walau bagaimanapun, menurut buku Tatabahasa Dewan kata pemeri ialah unsur  yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek  dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara , iaitu dengan penggunaan perkataan ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan, iaitu bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa nama, manakala kata pemeri adalah bagi menunjukkan huraian atau keterangan bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa adjektif, dan frasa nama dengan frasa sendi nama.

Tatabahasa08.05.2018

Kembali ke atas