Tuan, saya inginkan penjelasan tentang kosa kata berprestasi tinggi memandangkan kosa kata ini dapat menentukan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Tolong klasifikasikan maksud kosa kata berprestasi tinggi serta berikan contok kepada saya. | DBP tidak mempunyai maklumat tentang kosa kata berprestasi tinggi. Kami mencadangkan tuan mengemukakan pertanyaan kepada Kementerian Pelajaran. | Lain-lain | 24.04.2012 |
1. Prestasi 2. Berprestasi | 1. Hasil yang telah diperoleh (dicapai dll.), pencapaian. 2. Berprestasi (mempunyai) (menunjukkan) prestasi. | Makna | 23.03.2007 |
Apakah makna/ istilah yang sesuai untuk: 1. Sukan Teras 2. Sukan Berprestasi Tinggi Terima kasih. | Secara umumnya, sukan teras ialah kategori sukan yang terpilih untuk peningkatan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, contohnya olahraga, bola sepak, badminton, boling dan hoki. Sukan berprestasi tinggi pula ialah kategori sukan yang diuruskan dengan baik dan dapat mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam pertandingan atau kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS). | Makna | 24.07.2023 |
Assalamualaikum. Saya, Hanis Nabila Binti Amir Husaini @ Mahadi, bekas pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi, SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang. SPM 2013, dan alhamdulillah berjaya mendapat 6A ; Bahasa Melayu A Bahasa Inggeris A Bahasa Arab A- Saya berminat sangat untuk menjadi seorang penterjemah bahasa tetapi tidak tahu bagaimana halatuju untuk mencapai cita-cita saya ni. Saya amatlah berbesar hati jika pihak tuan dapat membantu. Terima kasih | Terima kasih kepada anda yang menjadikan DBP sebagai sahabat di hujung jari. Buat pengetahuan saudara DBP tidak lagi mengadakan kursus tersebut. Semua kursus tersebut dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ITBM. Selain daripada itu saudara juga boleh terus menghubungi pada maklumat berikut :Alamat: Persatuan Penterjemah Malaysia 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur. Tel.: 03-9226 2506 Faks: 03-2142 4381 Facebook: Persatuan Penterjemah E-mel: terjemah1@gmail.com Laman web: http://www.ppm-mta.com/ | Lain-lain | 26.03.2014 |
Salam Sejahtera, Adakah penggunaan ayat "TAYAR SIRI PROXES UNTUK PRESTASI TINGGI" boleh distruktur semula menjadi "TAYAR PROXES SIRI UNTUK PRESTASI TINGGI". | Pembetulan yang dicadangkan ialah SIRI TAYAR PROXES BERPRESTASI TINGGI | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2016 |
,Perbezaan audit dan perakaunan..terima kasih | Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan) yang tidak terlibat dalam penyediaannya (akaun kewangan). Audit bertujuan untuk memastikan akaun organisasi memberi gambaran yang sebenar dan tepat tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian yang penting dalam perakaunan. Perakaunan pula ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik. | Makna | 05.04.2017 |