Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pua.sa] | برڤواسا

Definisi : 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pua.sa] | برڤواسا

Definisi : melakukan ibadat puasa: Anak-anak hendaklah dididik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpuasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam tuan,selamat berpuasaTerima kasih kerana mengucapkan selamat berpuasa. Tiada soalan dikemukakan. Sila kemukakan soalan jika ada.Lain-lain31.07.2011
Assalamualaikum dan selamat berpuasa, 1. Perkataan stokin dan stoking, bila dirujuk kepada kamus, ianya membawa pengertian yang sama. 2. Istilah mana yang paling tepat untuk digunakan dan didedahkan kepada murid. Jika ejaan 'stokin' yang betul adakah ejaan ' stoking' itu salah dan sebaliknya. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan (Bahasa Melayu - Bahasa Melayu) entri perkataan stoking sahaja yang ada dan padanan sock dalam bahasa Melayu ialah stoking. Oleh itu, ejaan stoking yang paling tepat.  Tatabahasa26.08.2010
Salam Ramadan dan Selamat berpuasa, Saya ingin memohon bantuan tuan bagi mendapatkan istilah BM yang sesuai bagi frasa "glass ceiling" yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke pe peringkat yang tinggi sektor pekerjaan. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk glass ceiling. Istilah14.08.2011
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi.

Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih.

dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;

boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk;

berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;

 memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;

berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai;

membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya;

Makna02.09.2009
Salam sejahtera, 'Di dalam buku teks' atau 'dalam buku teks' yang gramatis? Terima kasih. Selamat Berpuasa.Dalam buku teks.Tatabahasa20.08.2009
Assalamualaikum wbt, Apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah Eurocentrism dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. Selamat berpuasa.Tidak ada padanan eurocentrism dalam bahasa Melayu. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan menerangkan konsep perkataan tersebut mengikut konteks penggunaannya seperti kepercayaan kepada kehebatan kuasa dan masyarakat Eropah.Penyemakan dan penterjemahan26.06.2015
Salam sejahtera DBP, Bersama-sama emel ini saya sertakan kemusykilan saya berkenaan bahasa. Terima kasih dan selamat berpuasa.

 Betul: (b)   Jalan cerita dalam filem yang baru ditayangkan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan penonton. Ayat (a) salah kerana persoalan tidak perlu ada penjodoh bilangan sebuah. Kata sendi nama di untuk menunjukkan tempat. Dalam kalangan membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak ; kata sendi di tidak perlu ada. 

 

Tatabahasa29.07.2011
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa.Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh.Tatabahasa04.07.2014
As salam tuan di talian, Apakah ejaan yang betul untuk pallet ikan (makanan ikan)? Bolehkah dieja sebaga palet? Selamat berpuasa dan terima kasih.Waalaikumussalam tuan di talian,
Ejaan yang betul ialah palet ikan.

Tatabahasa03.06.2016
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasaDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.

Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai.

Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair.
Tatabahasa23.07.2014
123

Kembali ke atas