yang mana panggunaan yang betul; 1) berpunca daripada / berpunca pada 2)di kalangan / dalam kalangan 3) rumah itu terbina pada..../ rumah itu dibina pada..... 3)rumah itu terjejas teruk / rumah itu teruk terjejas | Panggunaan yang betul ialah berpunca daripada, dalam kalangan, rumah itu dibina pada... dan rumah itu terjejas teruk. | Tatabahasa | 27.04.2007 |
DBP, adakah berperdu daripada bermaksud berpunca daripada a? | Berperdu bermaksud berasas, kata berasas tidak sama dengan berpunca. | Tatabahasa | 04.10.2011 |
Slm, Mohon semak ayat di bawah : Tekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkwal/dikawal. tq | Tekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkawal atau tidak dapat dikawal. | Tatabahasa | 27.08.2015 |
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. Bagaimankah soalan ini dijawab? | c) Adapun kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. T.kasih. | Lain-lain | 04.07.2008 |
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. mengapakah adapun dipilih sebagai jawapan? apakah maksud dengan adapun. maafkan saya kerana saya tidak memahami. terima kasih | 'Adapun' bermaksud mengenai atau perihal. Jadi dalam contoh ayat yang diberikan, 'Perihal kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu'. Contoh ayat ini diambil daripada laras bahasa Melayu klasik. | Ejaan | 08.07.2008 |
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini. | 1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. 2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. 3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak. 4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. 5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram. 6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. 7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. 8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku. 9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja. | Tatabahasa | 14.04.2011 |
"Kesunyian beliau pada zaman tua bukan sahaja berpunca daripada/dari hidup berseorangan, tetapi juga..." Apakah kata sendi yang sesuai dalam konteks ini? Terima kasih. | Kata sendi yang betul ialah "daripada". | Tatabahasa | 05.03.2007 |
maksud "talasemia" didalam kamus dewan bahasa | Talasemia bermaksud sejenis penyakit keturunan yang berpunca daripada kurangnya protein globin yang menjadi komponen hemoglobin dalam darah.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1580. | Makna | 20.11.2008 |
minta tolong cemak sistem bahasa ini. 1 "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. 2. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. | 1. " Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. - ayat ini boleh digunakan dan tiada masalah kerana bahasa percakapan dalam dialog. 2. Ayat yang betul ialah Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. | Tatabahasa | 16.03.2018 |
Adakah tiada terjemahan lain untuk stretch marks selain daripada stria kehamilan? Kerana stretch marks bukan hanya berpunca daripada kehamilan tetapi juga akibat penurunan atau kenaikan berat badan mendadak. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai ialah tanda regang kulit. | Istilah | 14.01.2017 |