Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Centralized Biomethane Injection Station 1. Stesen Penyuntikan Biometana Berpusat 2. Stesen Penyuntikan Bio-metana Berpusat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, Ikhwan | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Centralised Biomethane Injection Station ialah Stesen Suntikan Biometana Berpusat. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.02.2024 |
Kepada pihak DBP, Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Centralized Biomethane Injection Station 1. Stesen Penyuntikan Biometana Berpusat 2. Stesen Penyuntikan Bio-metana Berpusat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, Ikhwan | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Centralised Biomethane Injection Station ialah Stesen Suntikan Biometana Berpusat. | Istilah | 13.02.2024 |
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kamii dengan perkataan "CENTRAL KITCHEN" dimana kami menyediakan perkhidmatan masakan makanan secara berpusat. Yang mana satukah nama yang boleh kami guna? - Dapur Utama - Dapur Sentral - Pusat Penyediaan Makanan - Dapur Berpusat Mohon pencerahan tuan. | Perkataan yang paling sesuai ialah PUSAT DAPUR atau PUSAT PENYEDIAAN MAKANAN (pilih salah satu) | Lain-lain | 08.02.2018 |
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kami dengan perkataan "CENTRAL PRODUCTION UNIT" dimana kami menyediakan perkhidmatan makanan bermasak secara berpusat. Bolehkan kami tuliskan "Pusat Penyediaan Makanan (Katering)" sebagai tanda nama dalam bahasa malaysia. Mohon pandangan. Apakah prosidur yang perlu dibuat oleh pihak saya untuk mendaftarkan iklan tersebut kepada pihak Dewan Bahasa sebelum pendaftaran diserahkan kepada pihak DBKL. Terima kasih. | Keterangan "Pusat Penyediaan Makanan" boleh digunakan pada papan premis tuan. Untuk membuat pengesahan bahasa dalam iklan, sila layari portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2016 |
A. Sila semak frasa'disalurkan daripada Sarawak' dalam ayat di bawah sama ada penggunaannya betul atau salah. Jika salah, sila betulkan frasa tersebut. Segala sumbangan yang disalurkan daripada Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya. B. Sila pilih 'dari', 'daripada' atau kedua-duanya bagi ayat-ayat di bawah. 1. Misi bantuan fasa pertama (dari/daripada) Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan (dari/daripada) beberapa bahagian di negeri ini. 2. Sumbangan vaksin (dari/ daripada) Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas. 3. Akar pokok tumbuh (dari/daripada) cabang. 4. Saya mengambil dokumen penting (dari/daripada) laci dan kotak. 5. Saya keluar (dari/ daripada) bilik tidur. Sekian, terima kasih. | A. Segala sumbangan yang disalurkan dari Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya. B. 1. Misi bantuan fasa pertama dari Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan dari beberapa bahagian di negeri ini. 2. Sumbangan vaksin dari Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas. 3. Akar pokok tumbuh daripada cabang. 4. Saya mengambil dokumen penting daripada laci dan kotak. 5. Saya keluar dari bilik tidur. | Tatabahasa | 14.07.2021 |
Bolehkah perkataan HANYA dan SAHAJA berada dalam satu ayat. Sebagai contoh : Bagaimanapun, bayaran pendahuluan ini HANYA dibenarkan kepada kontraktor kerja tempatan SAHAJA dan tidak terpakai kepada kontraktor pusat, kontrak yang dibuat secara berpusat oleh mana-mana agensi Kerajaan dan perkhidmatan perunding. Pada pandangan Ketua Pejabat saya, ia tidak boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Pandangan Ketua pejabat tuan adalah betul. Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk PERODUA Stock Yard. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Tempat Simpanan Kenderaan PERODUA 2. Pusat Simpanan Kenderaan PERODUA | Kedua-duanya boleh digunakan. "Tempat" menunjukkan skala kecil manakala "pusat" pula merujuk kepada skala besar, iaitu segala kenderaan PERODUA berpusat di situ. | Makna | 20.08.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat? | Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu. Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang. | Makna | 18.06.2023 |
Nazatul Nazwa Mar 16th, 11:43am assalamualaikum...tumpang tanya...no isn tu apa?? | Tiada maklumat tentang nombor ISN. yang tuan maksudkan ialah ISBN, International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982. | Lain-lain | 16.03.2015 |
1)Advanced Reproductive Biotechnology Lab artificial insemination & embrio collection area, semen collection area, sperm lab,cold room, blood processing area,visitor room,multimedia room,garage. 2)Advanced Reproductive Biotechnology Office manager room, conference room, officer area, surau, pantry, waiting area. 3)Veterinary Lab/ISO Office veterinary room, ISO Office, Pantry. 4)Central Performance testing (CPT) 5)Store 6)Cattle Shed | 1)Makmal Bioteknologi Pembiakan ruang permanian beradas dan pungutan embrio,bilik bilik pungutan semen makmal sperma, bilik sejuk, ruang pemprosesan darah, bilik pelawat, bilik multimedia, garaj. 2)Pejabat Bioteknologi Pembiakan Lanjutan bilik pengurus, bilik persidangan,ruang pejabat, surau, pantri, ruang menunggu. 3)Makmal Veterinar/Pejabat ISO bilik vaterinar, Pejabat ISO, Pantri. 4)Ujian Prestasi Berpusat (UPB) 5)Stor 6)Kandang Lembu. | Istilah | 25.11.2011 |