Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor)”. Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; “… tidak akan menjadi najis”. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih. | Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih. | Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 26.04.2010 |