apakah maksud sahabat | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan suÂpaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Ejaan | 28.02.2015 |
Mohon pencerahan. Peribahasa manakah yg tepat, lembu dicucuk hidung atau kerbau dicucuk hidung? Apakah kedua2nya boleh diterima? Terima kasih. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Merujuk kepada peribahasa tersebut, jawapan yang paling tepat ialah lembu dicucuk hidung - merujuk kepada lembu yang sering dilambangkan dengan kebodohan. Lembu dicucuk hidung beerti orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain atau orang yang selalu menurut kemahuan orang. Rajin-rajinlah bersahabat dengan http://prpm.dbp.gov.my/ di hujung jar | Lain-lain | 17.03.2014 |
apakah perkataan bagi penerangan tersebut? ''erat atau karib benar(bersahabat,berkasih-kasihan) terima kasih. | Kami tidak menjawab soalan teka silang kata. | Lain-lain | 17.04.2010 |
assalam..Hrga bpe buku Memahami Komunikasi Orang Pekak | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Harganya RM25.00 | Lain-lain | 30.05.2014 |
Sakinah Zolkifly Sep 8th, 6:56pm bagaimana nak mngeja. senaskah atau senaskhah? | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan pihak DBP menyediakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti persoalan yang diajukan. Puan boleh klik pada http://prpm.dbp.gov.my dan untuk menjawab persoalan puan itu jawapannya ialah senaskhah --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=senaskhah&d=10 | Ejaan | 08.09.2014 |
Salam. Boleh saya tahu... tarikh2 kursus penulisan buku2 (bergambar) kanak2? | Salam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan boleh terus menghubungi Pegawai di Bahagian Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja - Puan Marsilawati atau Puan Azihani di talian 03-21479289 atau 03-21479293. Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2014 |
salam..galeri ade galeri untuk buat pameran ..mcm mane nk booking ye? | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Berkaitan hal tersebut tuan boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran Am, Pegawai Bernama En. Abdul Rasyid Suleiman nombor telefon 03-2147 9797 atau En. Hamidi Baharom nombor telefon 03-2147 9080. Harap ia dapat membantu saudara. Sekian. | Lain-lain | 16.04.2014 |
betul ke cahaya mata diguna pakai kembali menggantikan "cahaya hati". pohon penjelasan. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan kerana cahaya mata membawa maksud a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; dan juga c) anak. Manakala cahaya hati merujuk kepada pengunaan dalam bidang sastera yang bersifat metafora yang menujukkan kebaikan, kebeningan akhlak, dan maksud khusus daripada pengkarya. Molek kiranya dijadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. | Lain-lain | 05.02.2014 |
Salam... tuan.. bagaimanakah saya boleh mendapatkan koleksi lembar bahasa 2 dan pedoman bahasa 2? | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Saudara boleh menghubungi Pegawai Perancang Bahasa DBP Puan Hamuni di talian 03-2147 2129 atau terus beremel hamuni@dbp.gov.my | Lain-lain | 12.02.2014 |
salam, saya mahu beli kamus ini.. (Disertakan imej Kamus Besar Arab-Melayu Dewan) | Waalaikumussalam wrt. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Saudara boleh menjadikan www.prpm.dbp.gov.my sebagai teman dihujung jari dengan menjadikan e-Niaga sebagai sahabat untuk membeli buku secara online atau boleh menefol Koperasi DBP - Kaunter Koperasi DBP 03-21479636 dan pejabat Koperasi DBP 03-21479677/78. Moga membantu saudara. Sekian. | Lain-lain | 22.04.2014 |