Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.saiz] | برساءيز

Definisi : dgn saiz: dua keping gambar ~ poskad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersaiz


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan mengenai penggunaan ayat ini. Gambar A bersaiz 5R Gambar B bersaiz 3R Adakah perkataan 5R sesuai digunakan dalam ayat atau terdapat penggunaan perkataan lain yang betul? Untuk pengetahuan pihak tuan ayat ini digunakan sebagai kapsyen untuk gambar foto.W'salam,
Pihak puan boleh menggunakan perkataan 3R atau 5R dalam ayat bagi menerangkan saiz gambar berkenaan. Sekian, terima kasih.
Istilah07.03.2016
selamat sejahtera, Tolong perbetulkan ayat-ayat berikut: 1. Saya suka beri makan ikan./Saya suka beri ikan makan. 2. Saya memancing di dalam kolam./Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu belikan ikan emas kepada saya. Saya bagi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz besar. Adakah ayat majmuk berikut betul? Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bendera bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Adakah perkataan dalam kurungan dalam ayat berikut boleh digunakan?(Dua/Kedua-dua) orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. (Sila, Jemput, Mari) masuk ke dalam rumah. Jika terdapat perkataan dalam kurungan dalam ayat di atas tidak dapat digunakan dalam ayat tersebut,tolong jelaskan mengapa. Bantuan tuan sangat dihargai, terima kasih.1. Saya suka memberi ikan makan.
2. Saya memancing ikan di dalam kolam.
3. Ibu membelikan ikan emas kepada saya. Saya memberi ikan saya makan.
4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar.
5. Dua/Kedua-dua orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
6. Sila/Jemput/Mari masuk ke dalam rumah.
Tatabahasa16.10.2012
apakah penjodoh bilangan bagi belon berisi udara yang bersaiz kecil? sebiji atau sebuah? terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai untuk belon berisi udara yang bersaiz kecil ialah "biji". Contohnya, sebiji belon.Tatabahasa11.03.2022
Sekeping tisu sel otak yang bersaiz sebutir pasir mengandungi sebanyak 100,000 neuron dan 1 bilion sinapsis serta semua berkomunikasi antara satu sama lain. Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "synapses"?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan synapse ialah sinaps.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2018
Tuan/Puan, Tolong semakan banting ini bersaiz 20x4.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar pengguna dan klik daftar iklan untuk selanjutnya.Lain-lain13.11.2017
SAYA NAK BUAT PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN, DAN LAKARAN VISUAL PAPAN IKLAN BERWARNA BERSAIZ A4 BERUKRAN TEPAT DALAM METER PERSEGI HENDAHKLAH KELULUSAN DBP (BORANG B). BOLEHKAH SAYA TANYA BAGAIMANA MEMOHON BORANG B DAN KELULUSAN DBP? TERIMA KASIHTuan/puan

Bagi pengesahan iklan, borang boleh didapati di kaunter Bahagian Penguatkuasa, DBP, Aras 25,  atau tidak perlu  menggunakan borang (secara online) 

terus sahaja  layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ 

Lain-lain27.07.2017
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gergasi. Gergasi digambarkan sebagai rupa manusia yang bersaiz besar. Adakah 'orang' atau 'ekor' yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain.Tatabahasa01.07.2013
Salam sejahtera, adakah wujud istilah 'medium rectangle' di dalam bahasa Melayu? Medium rectangle merujuk kepada ruangan iklan bersaiz 300 x 250 piksel yang diletakkan di dalam laman sesawang. Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "medium rectangle" ialah ruang iklan segi empat tepat.Makna23.10.2021
"Ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk binatang. Dengan itu, bagaimanakah kita merujuk binatang dengan kata ganti nama diri ketiga? 2. Adakah "mereka" hanya untuk manusia. Jika saya ingin kata: Gajah-gajah di sini bersaiz besar. Mereka haiwan peliharaan Pak Abu. Adakah ayat sedemikian salah? Bagaimanakah saya menyampaikan maksud yang sama tanpa menggunkan "mereka"?"Ia" dan "mereka" ialah kata ganti nama diri ketiga dan ia boleh juga merujuk benda yang dibicarakan tetapi tidak mereka. Dalam penulisan makalah, nama binatang hendaklah diulang pada setiap ayat yang menceritakan tentang binatang tersebut, seperti Gajah-gajah ini bersaiz besar. Gajah tersebut ialah haiwan peliharaan Pak Abu.Tatabahasa23.04.2012
Kertas 'majung' atau 'mahjung' atau 'majong' tidak ada dalam kamus dewan edisi terkini. Adakah perkataan 'majung' boleh digunakan untuk merujuk kepada kertas bersaiz besar yang berwarna putih yang sering digunakan di semasa pengajaran di dalam kelas? Terima kasih.Betul, tidak ada data yang berkenaan dalam Kamus Dewan. Melalui semakan di internet, data yang ada ialah kertas mahjong dan kertas mahjung. Kami mencadangkan kertas mahjung kerana ejaan yang ada dalam kamus ialah mahjung.Istilah29.06.2016
12

Kembali ke atas