1. Adakah istilah 'kata ganda berentak' dalam Tatabahasa Dewan dengan 'kata ganda bersajak/berima' merupakan perkara yang sama? 2. Adakah peranan kata ganda berentak dalam kata adjektif hanya sebagai penguat? Bolehkah perkataan dalam kata ganda berentak tersebut dikategorikan sebagai kata penguat? (seperti perkataan 'merang' dalam 'merah-merang') 3. Apakah 'merah menyala' juga dikira sebagai kata ganda berentak? Perkataan 'menyala' inikan kata kerja (atau sebaliknya?) | 1. Tatabahasa Dewan menggunakan istilah kata ganda berentak, manakala buku Nahu Melayu Mutakhir menggunakan istilah kata ganda berima bagi bentuk penggandaan yang sama, seperti gunung-ganang dan mandi-manda. 2. Kata ganda berentak bagi kata adjektif menunjukkan suasana atau keadaan sesuatu, seperti huru-hara dan kontang-kanting. Merah merang ialah kata nama yang sama maksud dengan merah menyala. 3. Merah menyala ialah kata nama yang bermaksud warna merah yang sangat terang. | Tatabahasa | 25.08.2024 |
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM. | Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA. | Lain-lain | 03.12.2007 |