| Assalamualaikum. Mohon pencerahan untuk peribahasa bentuk pepatah, iaitu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian atau berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bentuk yang manakah lebih tepat penggunaannya. Terima kasih | Penggunaan yang tepat: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 05.04.2017 |
| bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian | Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 08.10.2009 |
| bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian | Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada “Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” yang bermaksud untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu. | Sastera | 08.06.2023 |
| Selamat tengah hari. ayat yang manakah di bawah ini betul? Atau salah kedua-duanya? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. | Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" bermaksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu. | Tatabahasa | 04.06.2023 |