Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.salah] | برساله

Definisi : 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.salah] | برساله

Definisi : berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersalah

Peribahasa

Lain bengkak lain bernanah.

Bermaksud :

Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minta bantuan... manakah yang betul. menyabitkan atau mensabitkan.... menyabitkan hukuman/mensabitkan hukuman menyabit rumput/mensabit rumputBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mensabitkan bermaksud 1. menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya). Contoh : keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk mensabitkan semua yang tertuduh. Oleh it, "menyabitkan hukuman" dan "mensabitkan hukuman' adalah salah. Perkataan "mensabitkan" perlu diikuti oleh orang yang tertuduh bukan "hukuman" . Menyabitkan pula bermaksud menyabit untuk. Contoh: petang itu dia menyabitkan ayahnya rumput untuk lembu ternakan mereka. Menyabit pula bermaksud memotong (padi, rumput, dll) dengan sabit. Contoh: orang tua itu sedang menyabit di bendang; menyabit kelapa mengait kelapa dengan sabit. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menyabit rumput.Tatabahasa01.05.2014
Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila didbaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded no guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilaah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam ituUngkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2007
Mengaku tidak bersalah atau tidak mengaku salah?Kedua-duanya adalh betul dan boleh digunakan.Tatabahasa16.01.2010
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara 'rasa bersalah' dengan 'rasa serba salah?'Menurut data kami kedua-dua rangkai kata tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Rangkai kata yang betul ialah berasa bersalah yang bermaksud mengalami perasaan dalam hati  berbuat sesuatu yang salah manakala berasa serba salah iaitu perasaan dalam hati seseorang itu salah dalam segala hal. Makna13.11.2019
yg mana satukah terjemahan yang betul? plead not guilty=mangaku tidak bersalah atau tidak mengaku salah?Terjemahan bagi frasa plead not guilty ialah mengaku tidak bersalahIstilah26.10.2016
'Menteri itu telah dipenjarakan kerana beliau telah didapati bersalah oleh mahkamah.' Saya ingin bertanya apakah kesalahan di dalam ayat-ayat di atas? Betulkan kepada Menteri itu telah dipenjarakan kerana didapati bersalah oleh mahkamah. Ayat lebih ringkas dan padat.Tatabahasa12.04.2020
Soalan 2 Beliau …………daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Mengapakan jawapan adalah A dilucutkan Mengapakan tak boleh B dipecatkanJawapan yang betul ialah Beliau “dilucutkan/dipecat” daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bersilih ganti dalam contoh ayat yang diberikan kerana “pecat” membawa maksud memberhentikan seseorang daripada jawatannya, manakala “lucut” pula bermakna menghentikan atau menarik balik pangkat/kuasa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perkataan “dipecatkan” tidak boleh digunakan kerana pembentukan kata yang betul ialah “dipecat”.Tatabahasa02.08.2020
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
Tuan betulkah ayat ini? Dialog antara abang dan adik tentang mereka yang turut bersalah tentang pemuda-pemuda yang melepak di tepi tembok berkaitan dengan didikan masyarakat kerana mereka anggota masyarakat juga. Bolehkah penggunaan kata 'tentang' digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat yang panjang..minta nasihat tuan untuk betulkan ayat ini..Ayat tersebut tidak gramatis kerana terlalu banyak ayat digabungkan menjadi satu ayat sahaja. Penggunaan sebarang perkataan dibenarkan dalam satu ayat asalkan sesuai dengan konteks ayat tersebut. Walau bagaimanapun pengulangan tersebut idak digalakkan.
Tatabahasa11.07.2012
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Terima kasih.Ayat yang pertama itu betul manakala ayat yang kedua salah. Ayat kedua yang betul ialah Mencuri ialah perbuatan yang salah.Tatabahasa15.06.2012
123

Kembali ke atas