APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKAN | Adat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan. | Lain-lain | 24.10.2007 |
Sesudah bersalam-salaman, Azman melayangkan matanya ke setiap penjuru bilik. soalan saya ialah apakah perkataan yang paling sesuai menggantikan perkataan melayangkan kerana saya berpendapat melayangkan tidak sesuai digunakan? | Cadangan kami ialah 'Azman melihat ke setiap penjuru bili'. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.06.2008 |
Kemusykilan tentang binaan ayat-ayat yang berikut. Yang mana satu betul 1. Mereka saling bersalam-salaman sebelum berpisah 2. Mereka bersalaman sebelum berpisah 3. Mereka saling bersalam sebelum berpisah | Ayat yang betul ialah ayat 2. Sila rujuk Kamus dewan Ediis Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 25.10.2010 |
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul. 1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. 2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah. 3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. 4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Tatabahasa | 07.07.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. | Ayat tersebut betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 15.07.2008 |
Assalamualaikum tuan, Saya ingin pastikan sama Ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih. I) Hal ini amat penting kerana melalui minat yang lahir dari hati yang murni akan mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik yang mungkin, bukannya dengan sambil lewa atau sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. 2) Khairul bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari / daripada rumah. | Kedua-dua ayat ini telah dibuat pembetulan. I) Hal ini amat penting kerana melalui minat yang lahir daripada hati yang murni mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik yang mungkin, bukannya dengan sambil lewa atau sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. 2) Khairul bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah. | Tatabahasa | 11.07.2008 |