Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul? | merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'? | Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya; Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak. | Lain-lain | 25.03.2010 |
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq | bersama dengan dan bersama boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih. | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....." | Tatabahasa | 12.03.2018 |
Minta jelaskan penggunaan perkataan bersama. Bolehkah digunakan bersama membangunkan negara ? ataupun bersama-sama yang betul. Sekian, terima kasih. | Frasa "bersama membangunkan negara" dan "bersama-sama membangunkan negara" adalah betul kerana perkataan bersama ada membawa maksud bersama-sama, iaitu berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
1. Apakah berbezaan antara perkataan bersama dan bersama-sama? Yang manakah frasa yang tepat "bersama-sama rakan-rakan" atau "bersama rakan-rakan" 2. Penggunaan yang tepat bagi perkataan belakangan ini? | 1. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Frasa yang tepat ialah bersama-sama rakan atau bersama dengan rakan. 2. Belakangan ini sama maknanya dengan kebelakangan ini, contoh ayat: Belakangan/kebelakangan ini, banyak anak-anak Melayu yang berminat untuk berniaga. | Tatabahasa | 25.01.2011 |
Cikgu, 1. bersama-sama sahabatnya 2. bersama-sama dengan sahabatnya 3. bersama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Cikgu tolong tengok yang manakah dua frasa yang betul dalam contoh frasa ini. Tolong berikan penerangan berdasarkan pilihan cikgu. Terima kasih, saya ingin tahu sangat. | Frasa yang betul ialah 1. bersama-sama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama. | Tatabahasa | 06.05.2014 |
Tuan, yang manakah betul? Dia telah ke pasar bersama ibunya. Dia telah ke pasar bersama-sama ibunya. Apakah perbezaan bersama dengan bersama-sama? Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Merujuk Kamus Dewan, kata bersama boleh membawa maksud bersama-sama atau berserta. | Tatabahasa | 28.09.2011 |
1. Manakah ayat yang betul ? a) Saya pergi ke kedai bersama ayah. b) Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah. c) Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah. d) Saya pergi ke kedai bersama-sama dengan ayah. Apakah perbezaan antara "bersama" dan "bersama-sama" dari segi penggunaannya, jika ada? | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah". | Tatabahasa | 25.02.2016 |
a.bersama dengan Ali, b.bersama-sama Ali, c. bersama Ali. yang mana satu frasa tersebut betul? | Frasa yang betul ialah bersama dengan Ali dan bersama-sama Ali. | Tatabahasa | 17.01.2011 |