Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.sa.ma] | برساما-سام

Definisi : berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Batang berdiri rama-rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Mari duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berarak tidak berlari.

Bermaksud :

Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'?Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya;  Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.Lain-lain25.03.2010
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul?merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan.Tatabahasa21.02.2011
Pengunaan ayat yang manakah lebih baik? *Cuba bilang bersama-sama saya. atau *Cuba bilang bersama-sama dengan saya. atau *Cuba bilang bersama-sama.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Cuba bilang bersama-sama saya".Tatabahasa11.01.2017
Mohon penjelasan tuan; 1. Mereka bersama-sama makan makanan itu. 2. Mereka makan makanan itu bersama-sama. 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah:  2. Mereka makan makanan itu bersama-sama; dan 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama.Tatabahasa21.02.2012
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Tatabahasa12.03.2018
Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk.Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu,"Tatabahasa30.05.2012
berjoging bersama-sama dengan ayah. berjoging bersama-sama ayah. berjoging bersama dengan ayah. ayat yang mana satu betul?terima kasih atas bantuanAyat yang betul ialah berjoging bersama-sama ayahTatabahasa07.03.2019
Setiap hari, aku bersama-sama ayah melukis dan bermain bola. (penggunaan bersama-sama dalam ayat ini betul tak?) terima kasih!Penggunaan "bersama-sama" dalam ayat adalah betul.Tatabahasa21.10.2013
Mohon pencerahan, Ayat mana yang sesuai digunakan antara 'bersama-sama ini dilampirkan' atau dilampirkan bersama-sama ini'? Sekian, terima kasih.Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama inidilampirkanTatabahasa12.12.2017
Cikgu, 1. bersama-sama sahabatnya 2. bersama-sama dengan sahabatnya 3. bersama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Cikgu tolong tengok yang manakah dua frasa yang betul dalam contoh frasa ini. Tolong berikan penerangan berdasarkan pilihan cikgu. Terima kasih, saya ingin tahu sangat.Frasa yang betul ialah 1. bersama-sama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.Tatabahasa06.05.2014
12345678910...

Kembali ke atas