Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama ini

Puisi
 

Beli pauh beli serbat,
     Makan bersama gula batu;
Kalau jauh apa nak buat,
     Sama-sama menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk.Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu,"Tatabahasa30.05.2012
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Tatabahasa12.03.2018
Mohon pencerahan, Ayat mana yang sesuai digunakan antara 'bersama-sama ini dilampirkan' atau dilampirkan bersama-sama ini'? Sekian, terima kasih.Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama inidilampirkanTatabahasa12.12.2017
Sila Sahkan ayat manakah yang lebih tepat. Ayat 1: Bersama-sama ini dilampirkan..... Ayat 2: Dilampirkan bersama-sama ini..... Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ayat berikut di dalam surat rasmi. Mohon bantuan DBP untuk mengesahkan ayat manakah lebih tepat. kerjasama tuan amat dihargai.Ayat yang tepat dan biasa digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Lain-lain12.12.2017
Yang mana betul: a. Bersama-sama ini dilampirkan... atau b. Bersama ini dilampirkan Yang mana betul: a. Adalah dimaklumkan bahawa tuan telah... atau b. Adalah dimaklumkan tuan telah... Yang mana betul: a. Sehubungan dengan itu .... atau b. Sehubungan itu, ..., Yang mana betul: Di dalam senarai kehadiran mesyuarat perlu ditulis a. YBhg. Dato' Ramli Bin Hamid atau b. Dato' Ramli Bin Hamid (tiada YBhg.)Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ...", "Sehubungan dengan itu" dan YBhg. Dato' Ramli bin Hamid .Tatabahasa08.05.2012
Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Adakah ayat dan ejaan ( Pengurus Besar Jabatan Kewangan) di atas betul?Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Ayat ini betul.Tatabahasa02.05.2017
Apa perkataan yang betul: dokumen atau dokumen-dokumen sekiranya kita merujuk kepada beberapa dokumen. Contoh ayat: Bersama-sama ini dikemukakan dokumen-dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya:Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang tepat ialah Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya.Tatabahasa21.11.2019
Adakah penggunaan 'bersama-sama' dalam surat seperti contoh ini adalah betul? "Bersama-sama ini dengan dilampirkan carta..." Ataupun hanya menggunakan "bersama" sahaja? Terima kasih.Untuk makluman, kedua-duanya boleh digunakan. Akan tetapi, pihak kami mencadangkan supaya digunakan perkataan "bersama-sama" jika merujuk kepada ayat tersebut.Tatabahasa30.12.2015
bersama-sama ini dilampirkan salinan surat rasmi untuk semakan tuan. maklumbalas harap dapat diterima dengan segera. sekian terima kasih.Lihat lampiran.Tatabahasa20.06.2016
Bersama-sama ini disertakan maklumat Fakulti dalam Bahasa Melayu seperti yang diminta oleh pihak YBhg. Prof. Untuk makluman YBhg. Prof., pihak Fakulti sedang mengemaskini maklumat /brosur di dalam Bahasa Inggeris dan akan dihantar ke Pejabat Pendaftar dalam masa terdekat.

Sila jelaskan soalan saudara/ saudari.

Lain-lain10.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas