Yang manakah jawapan yang paling tepat? a) 1 Mina bersamaan dengan 1, 500 Dolar b) 1 mina bersamaan dengan 1, 500 dolar | Jawapan yang betul ialah "1 mina bersamaan dengan 1,500 dolar". | Tatabahasa | 29.05.2013 |
Tuan, mana satu tulisan yang betul melibatkan M atau H bagi tahun masihi dan hijrah: - 4 Oktober 2021M bersamaan 27 Safar 1443H; - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443; atau - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443H | Tidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja. | Lain-lain | 04.10.2021 |
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ? | Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke pasawat ATAU Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pasawat | Cadangan pembetulan adalah seperti yang berikut: Mengira dan menentukan jumlah beg bersama-sama dengan kakitangan kawalan yang bertugas sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pesawat. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
maksud Lembayung dari pelbagai aspek. Apakah ayat yang bersamaan dengan maksud Lembayung? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu). | Makna | 05.04.2010 |
Saya ingin mendapatkan pengesahan untuk papan tanda perniagaan saya. Bersamaan ini, saya melampirkan sekali lakaran papan perniagaan saya yang berukuran 2m x20m. Diharap pihak Tuan /puan dapat menolong saya berkenaan ini. Terima kasih | Mohon hantar pengesahan bahasa untuk iklan ke http://dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 01.06.2017 |
apakah istilah bahasa malaysia untuk cheng beng bagi kaum tionghua bersamaan dengan all souls' day bagi orang putih | Mengikut orang cina yang ditemui cheng beng bukan ' all souls day' kerana 'all souls day' pada mereka dikenali sebagai hari hantu atau dipanggil men lan ciek. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi mana-mana Pusat Bahasa di institusi tempatan untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 27.03.2008 |
apakah peranan Dewan Pustaka Dan Bahasa? | Peranan DBP adalah bersamaan dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. | Lain-lain | 31.07.2007 |
Salam, Saya ingin bertanya adakah perkataan "Survey" di dalam Bahasa Inggeris bersamaan "Survei" di dalam Bahasa Melayu. Saya ada menerima dokumen rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan tajuk dokumen tersebut ialah "Survei Pembinaan...." | Kata survei diambil daripada kata survey dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu yang ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata survei banyak digunakan, misalnya dalam contoh seperti yang di bawah: survey analysis - analisis survei; analisis tinjau selidik survey population - populasi servei;penduduk tinjau selidik survey area - kawasan survei mapping survey - survei pemetaan | Kata survey juga diterjemahkan sebagai tinjauan (contoh: preliminary survey - tinjauan awal), kaji selidik (contoh: survey sampling - pensampelan kaji selidik) dan tinjau selidik (contoh: household survey - tinjau selidik isi rumah). | Istilah | 04.04.2023 |
Adakah penggunaan format masa dalam bentuk 24 jam seperti 14.00 petang bersamaan 2.00 petang boleh digunakan dalam dokumen rasmi kerajaan dan adakah aspek ini betul mengikut tatabahasa Melayu | Tiada arahan yang jelas tentang penggunaan format masa, namun bentuk yang lazim digunakan ialah format 12 jam, ada waktu pagi (1.00 - 11.59), tengah hari (12.00 - 1.59), petang (2.00 - 6.59), malam (7.00 - 11.59) dan tengah malam (12.00 - 12.59). | Ejaan | 04.08.2015 |