Yang manakah jawapan yang paling tepat? a) 1 Mina bersamaan dengan 1, 500 Dolar b) 1 mina bersamaan dengan 1, 500 dolar | Jawapan yang betul ialah "1 mina bersamaan dengan 1,500 dolar". | Tatabahasa | 29.05.2013 |
1. Boleh beri saya Terjemahan yang sesuai untuk: a) Braiding Machine 2. Dalam Kamus DPB, Bond didefinisikan sebagai bp Polis, apabila Tesaurus dirujuk, bp polis bersamaan dengan dua konteks, pangkat atau bidang polis i.e polis tentera, polis trafik. Jadi Apa terjemahan sesuai utk Bond Dealer? | Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah: a) Braiding Machine. Terjemahan yang dicadangkan ialah Mesin Pita Brid. Ia tertakluk pada konsep pembuatan. b) Bond Dealer. Adakah tuan maksudkan perkataan bond dalam bidang kewangan? Jika ya, terjemahannya ialah Wakil Penjual Bon. | Istilah | 19.08.2021 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "tax buoyancy": Tax buoyancy mengukur sejauh mana hasil cukai berubah seiring dengan perubahan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sekiranya nisbah tax buoyancy bersamaan dengan 1, ini bemaksud peningkatan hasil cukai berkadaran dengan peningkatan KDNK. Sekiranya nisbah melebihi 1, ini bermaksud peningkatan hasil cukai adalah lebih baik daripada peningkatan KDNK, menggambarkan dasar percukaian kerajaan yang efektif dalam kutipan hasil cukai. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi tax buoyancy ialah cukai apungan | Makna | 17.10.2020 |
maksud Lembayung dari pelbagai aspek. Apakah ayat yang bersamaan dengan maksud Lembayung? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu). | Makna | 05.04.2010 |
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? | Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'. Perkataan meningkah intransitif dan perkataan menyampuk ialah kata kerja transitif. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 28.04.2009 |
Salam, Saya hendak bertanya apakah perbezaan di antara penggunaan perkataan migrasi, imigrasi dan imigresen? Adakah penggunaan perkataan imigrasi bersamaan dengan imigresen? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. migrasi - 1. perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain 2. perpinĀdahan (burung) dari satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim ii. imigrasi - perihal masuk ke negeri asing untuk menetap iii. imigresen - pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport untuk warganegara dsb. Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, perkataan "imigrasi" dan "imigresen" adalah berbeza. | Makna | 03.05.2013 |
Salam, Saya ingin bertanya adakah perkataan "Survey" di dalam Bahasa Inggeris bersamaan "Survei" di dalam Bahasa Melayu. Saya ada menerima dokumen rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan tajuk dokumen tersebut ialah "Survei Pembinaan...." | Kata survei diambil daripada kata survey dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu yang ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata survei banyak digunakan, misalnya dalam contoh seperti yang di bawah: 1" id="MainContent_GridView1" style="border-collapse: collapse; border-spacing: 0px; max-width: 100%; font-family: arial; font-size: 14px; border-color: lightblue; width: 1108.4px;"> survey analysis - analisis survei; analisis tinjau selidik survey population - populasi servei;penduduk tinjau selidik survey area - kawasan survei mapping survey - survei pemetaan | Kata survey juga diterjemahkan sebagai tinjauan (contoh: preliminary survey - tinjauan awal), kaji selidik (contoh: survey sampling - pensampelan kaji selidik) dan tinjau selidik (contoh: household survey - tinjau selidik isi rumah). | Istilah | 04.04.2023 |
Adakah penggunaan format masa dalam bentuk 24 jam seperti 14.00 petang bersamaan 2.00 petang boleh digunakan dalam dokumen rasmi kerajaan dan adakah aspek ini betul mengikut tatabahasa Melayu | Tiada arahan yang jelas tentang penggunaan format masa, namun bentuk yang lazim digunakan ialah format 12 jam, ada waktu pagi (1.00 - 11.59), tengah hari (12.00 - 1.59), petang (2.00 - 6.59), malam (7.00 - 11.59) dan tengah malam (12.00 - 12.59). | Ejaan | 04.08.2015 |
Harap Tuan/Puan dapat memberi penjelasan untuk soalan soalan berikut. 1. Apakah imbuhan awalan bagi perkataan RASA? 2. Betulkah perkataan BERASA tidak mempunyai kata dasar? 3. Salahkah jika perkataan RASA jika diberi imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai BERASA? 4. Salahkah jika perkataan JUMPA bila diberu imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai MENJUMPA? 5. Bolehkah sesuatu kata dasar diberi lebih daripada satu imbuhan awalan? ( sebagai contoh, saya berpendapat bahawa perkataan MAIN boleh diberi dua imbuhan awalan iaitu BERMAIN dan PEMAIN) Penjelasan lanjut Tuan/Puan tentang imbuhan awalan amat dihargai. Terima kasih. | 1. Kata dasar RASA boleh menghasilkan kata terbitan antaranya berasa (bermaksud mendapat rasa di bahagian-bahagian badan) dan merasa (bermaksud mengalami rasa dengan lidah. Rujuk Kamus Dewan, halaman 1290. 2. Kata menjumpa tidak ada dalam penggunaan bahasa Melayu, yang ada ialah berjumpa dan menjumpai. 3. Setiap kata dasar boleh ada lebih daripada satu kata terbitan/awalan yang sesuai maknanya. Perbuatan bermain dan kata pemain (orang yang bermain) kedua-duanya ada dan membawa maksud yang tidak bersamaan sama sekali. Rujuk Kamus Dewan, halaman 976. | Tatabahasa | 01.09.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan untuk perkataan orang asli kerana maklumat yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat DBP terdapat kekeliruan. Ada yang mengatakan ejaannya ialah orang asli kerana ia kata nama am bukan kata nama khas. Namun, terdapat juga yang mengatakan ejaannya ialah orang Asli kerana Asli itu bersamaan dengan kaum seperti orang Melayu, orang Siam. Jadi yang sebenarnya, manakah ejaan yang betul? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah orang asli kerana orang asli merupakan kata nama am, iaitu penduduk jati atau asal yang mula-mula menduduki sesebuah negeri sejak diketahui pada peringkat awal sejarah tamadun manusia. Bagi penulisan nama khas, contohnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), barulah huruf ‘O’ dan ‘A’ ditulis dengan huruf besar. 1"> | | Ejaan | 07.04.2017 |