Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sam.bung] | برسامبوڠ

Definisi : 1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sam.bung] | برسامبوڠ

Definisi : 1 ada tam­bahan yg memanjangkannya: Tali yg ~ tidak berapa teguh. 2 dlm keadaan berhubung; berkaitan: Pagar rumah saya ~ dgn pagar rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang Jawa pulang ke Jawa,
     Kisi-kisi tiang bersambung;
Bukan mudah membuang nyawa,
     Nyawa tidak boleh diubah sambung.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di atas / diatas Yang manakah penggunaan yang betul. Bersambung atau tidak bersambung? Contoh; Terima kasih di atas / diatas sumbangan saudara. Yang mana satu adalah betul.?

Salam sejahtera,

1. di atas

2. Terima kasih di atas sumbangan saudara" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sumbangan saudara"

Tatabahasa13.11.2012
Penggunaan perkataan "ku" dan "mu". Adakah ia sentiasa bersambung dengan perkataan sebelumnya dan selepasnya? Contohnya: kurasakan, kucintai dirimu, aku menyintaimu, kaulah gadis idamanku, akan kutempuhi. Bantuan pihak tuan/puan amat saya hargai.Berdasarkan Kamus Dewan, 'ku' bersambung dengan perkataan sebelum atau selepasnya manakala 'mu' bersambung dengan perkataan sebelumnya.Tatabahasa08.12.2006
Assalamualaikum, Kata singkatan sepatutnya dieja bersambung dengan perkataan yang mengikuti atau mendahuluinya. Contohnya, kau bagi engkau, mu bagi kamu dan ku bagi aku. Contoh ayat: padamu kubersujud. Kemusykilan saya ialah adakah penggunaan kata singkatan pada awal ayat juga dieja bersambung dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: Kautempat kumeminta. Bagaimanakah tulisan yang sepatutnya bagi frasa di atas? Kau tempatku meminta atau Kautempatku meminta atau Kau tempatku meminta? Terima kasih.Kata singkatan dieja bersambung dengan perkataan yang mengikuti atau mendahuluinya. Penggunaan yang betul dalam ayat contoh yang diberikan ialah Kautempat kumeminta. Tatabahasa14.12.2011
Adakah ayat di bawah betul? Jika salah, mengapa? 1) enjoy access to wi-fi - nikmati akses ke wi-fi 2) connect to wi-fi - bersambung ke wi-fi 3) to connect to the Internet - untuk bersambung ke InternetAssalamualaikum tuan,

Padanan ayat untuk Enjoy access to wi-fi ialah "Nikmati akses Wi-fi", connect to wi-fi merujuk kepada "Sambungan Wi-fi" dan to connect to the Internet merujuk kepada "Untuk Berhubung Melalui Internet" atau "Untuk Sambungan Internet".Padanan ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang sesuai mestilah mengikut konteks kesesuaian ayat.

Untuk pengetahuan tuan, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Justeru, Wi-fi dan Internet tidak tergolong dalam kata ini dan penggunaan kata sendi ke sebelumnya adalah kurang tepat.

Sekian. Terima kasih.


Makna12.02.2018
Bagaimana cara menulis tanda baca pembuka dan penutup kata, bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan? T kasih.Tanda petik digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.
Bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan, cara penulisan adalah sama yakni perlu ada tanda petik di awal dan penutup kata seperti contoh yang diberikan di atas.
Ejaan02.08.2012
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
Salam sejahtera,

saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya.

Umpamanya untuk contoh-contoh berikut:

"Ya kah, apa dia kata begitu?"

"Si Lehakah yang datang?"

Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Salam hormat,

Ahmad Shah

Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261.
Tatabahasa17.04.2020
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH

Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Makna13.04.2009
Di senarai pendekkan...adakah bersambung atau berasingan?

Ejaan yang betul ialah 'Disenarai pendek'.

Ejaan09.05.2008
bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang dieja bersambung dan berpisah

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang dianggotai oleh pakar-pakar bahasa memutuskan sebanyak 15 perkataan dieja bercantum sebagai satu perkataan (kata majmuk yang telah mantap). Antaranya ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, sukarela, tandatangan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 73.

Tatabahasa25.09.2008
1234567

Kembali ke atas