Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di atas / diatas Yang manakah penggunaan yang betul. Bersambung atau tidak bersambung? Contoh; Terima kasih di atas / diatas sumbangan saudara. Yang mana satu adalah betul.?

Salam sejahtera,

1. di atas

2. Terima kasih di atas sumbangan saudara" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sumbangan saudara"

Tatabahasa13.11.2012
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
Adakah ayat di bawah betul? Jika salah, mengapa? 1) enjoy access to wi-fi - nikmati akses ke wi-fi 2) connect to wi-fi - bersambung ke wi-fi 3) to connect to the Internet - untuk bersambung ke InternetAssalamualaikum tuan,

Padanan ayat untuk Enjoy access to wi-fi ialah "Nikmati akses Wi-fi", connect to wi-fi merujuk kepada "Sambungan Wi-fi" dan to connect to the Internet merujuk kepada "Untuk Berhubung Melalui Internet" atau "Untuk Sambungan Internet".Padanan ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang sesuai mestilah mengikut konteks kesesuaian ayat.

Untuk pengetahuan tuan, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Justeru, Wi-fi dan Internet tidak tergolong dalam kata ini dan penggunaan kata sendi ke sebelumnya adalah kurang tepat.

Sekian. Terima kasih.


Makna12.02.2018
Assalamualaikum. Bagaimanakah penggunaan huruf besar selepas ayat tanpa noktah? Contoh: Demikian seterusnya... Ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Ataupun: Demikian seterusnya... ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Terima kasih. -NikBerdasarkan contoh tersebut, terdapat dua keadaan: 1. Sekiranya ayat tersebut bersambung tidak perlu penggunaan huruf besar. 2. Sekiranya ayat tersebut tidak bersambung perlu diletak titik lagi (menjadi empat titik ....) dan dimulai dengan huruf besar.Lain-lain27.02.2014
1) Betulkah ayat berikut? "Kaupergi dulu." 2) Jika betul, macam mana untuk kita tahu perkataan "kau" harus bersambung dengan kata kerja?Untuk makluman, ayat tersebut sudah tepat. Kata ganti nama diri kau ialah kependekan bagi perkataan engkau yang tidak boleh berdiri sendiri. Ia digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis bercantum seperti contoh ayat yang diberikan: "Kaupergi dulu." 

Tatabahasa17.11.2015
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH

Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Makna13.04.2009
1. Bagaimanakah kita tahu sama ada kata seperti semula jadi atau semulajadi, kraftangan atau kraf tangan, dan sebagainya itu dieja bersambung atau terpisah? Terima kasih. 2. Mengapa "memproleh" dan bukan "memperolehi"? 3. Bolekah perkataan "memperbaiki" digunakan?

1. Ejaan yang betul ialah semula jadi dan kraf tangan. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan yang tetap dieja bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

2.  Awalan memper-,  apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Oleh ialah kata tugas dan bentuk yang betul ialah memperoleh.

3. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Oleh itu, kata adjektif  baik apabila ditambah imbuhan memper- menjadi memperbaik (menjadikan lebih baik).

Ejaan31.10.2011
1. Perkataan seperti anti-Islam atau anti-Barat, perlukah dimasukkan sempang di antara dua perkataan? 2. Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan ISLAMIS dalam bahasa Melayu?Anti ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan perkataan selepasnya, seperti antirusuhan. Walau bagaimanapun, apabila hadir dengan kata nama khas seperti Islam dan Amerika perlu diletak tanda sempang (-) menjadi anti-Islam dan anti-Amerika. Dalam bahasa Melayu kata Islam, hanya menerbitkan kata mengislamkan, keislaman dan pengislaman, tidak ada kata Islamis.Tatabahasa08.12.2015
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI

Saudara,

Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas.

Makna14.01.2010
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih -

1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah.  

2. Perlu ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa01.10.2010
123

Kembali ke atas