Salam tuan, Mana yang paling tepat? ...bersandar kepada emas... ...bersandar pada emas... ...bersandarkan kepada emas... ...bersandarkan pada emas... T. kasih & salam Sibly | Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Justeru, jawapan yang betul ialah bersandar pada emas dan bersandarkan emas.
| Tatabahasa | 21.02.2011 |
Manakah yang betul? Seorang pesakit bersandar ( di / pada ) katil. | Kata sendi “pada” merupakan perkataan yang diletakkan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Maka, ayat yang betul ialah: Seorang pesakit bersandar pada katil. Rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 275. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasih | Gambar yang dipaparkan ialah kerusi kerana dalam kamus maksud bangku ialah temput duduk yang biasanya tiada tempat bersandar dan tempat meletak tangan. | Makna | 25.06.2014 |
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasih | Gambar yang dipaparkan ialah kerusi. | Makna | 25.06.2014 |
Adakah maksud kebergantungan dan pergantungan sama? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "kebergantungan" ialah perihal/keadaan bergantung (pada): Contoh: sikap kebergantungan pada orang lain. Manakala maksud "pergantungan" pula ialah alat atau tempat utk. menggantung, tempat bergantung, tempat bersandar (pada seseorang atau orang lain). | Istilah | 12.11.2014 |
Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya? | Selamat petang: Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Sekian. | Tokoh | 10.12.2016 |
Boleh saya tahu apakah yang di maksudkan dengan "pegantungan"? Adakah ayat ini betul sekiranya; - Dadah membawa pegantungan fizikal dan psikologi ? Jika betul... Boleh tolong huraikan atau terangkan ayat tersebut? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah pergantungan yang bermaksud 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara. Ayat yang betul ialah Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. | Tatabahasa | 07.02.2010 |
Adakah 'pohon' merupakan perkataan penjodoh bilangan? 1) Sebatang pokok rambutan atau sepohon pokok rambutan? 2) Apakah perbezaan di antara sebatang pokok dan sepohon pokok? | Pohon penjodoh bilangan untuk dahan pokok kayu. Contohnya: sepohon (kayu) ara. Sebatang penjodoh bilangan untuk pokok. Contoh: Dia bersandar pada sebatang pokok. | Tatabahasa | 13.05.2011 |