Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.dar.kan] | برساندرکن

Definisi : bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn ber­sandarkan apa yg telah dipelajarinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.dar.kan] | برساندرکن

Definisi : ber­­­­gantung pd; bertumpu pd: Hidup­nya hanya ~ belas kasihan jiran tetangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersandarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Mana yang paling tepat? ...bersandar kepada emas... ...bersandar pada emas... ...bersandarkan kepada emas... ...bersandarkan pada emas... T. kasih & salam SiblyDalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Justeru, jawapan yang betul ialah  bersandar pada emas dan bersandarkan emas.
Tatabahasa21.02.2011
Apakah kesalahan kata atau leslahan tatabahasa berdasarkan ayat ini? Pelan itu sudah disusun sehingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok dan bersandarkan kepada data serta sains yang diperoleh dari sudut pengurusan pandemik, ekonomi dan vaksinasi negara.Pelan itu sudah disusun hingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok yang bersandarkan data saintifik.Tatabahasa15.08.2021
APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. 
Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu penge­tahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai se­suatu sistem. 

Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM.

Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat.
Tatabahasa22.01.2013
Saya dapati kebanyakan data yang dijadikan sandaran untuk dijadikan sistem tatabahasa Melayu bukannya bersandarkan kepada korpus bahasa, tetapi lebih kepada pembentukan data yang "dicipta" sendiri. Mengapakah korpus bahasa Melayu tidak dijadikan sebagai premis utama dalam pembentukan sistem tatabahasa bahasa Melayu?Untuk makluman saudara korpus bahasa Melayu merupakan antara bahan utama yang digunakan dalam proses penyusunan pedoman,kamus dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Buku-buku tentang tatabahasa dan ilmu linguistik terbitan pihak luar juga dijadikan bahan rujukan sebelum sesuatu rumusan dibuat.     Lain-lain17.07.2008
Salam sejahtera. Apakah bidang kuasa Munsyi Dewan? Adakah seseorang MD hanya boleh menjawab kemusykilan bahasa bersandarkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Gaya Dewan sahaja? Benarkah MD tidak boleh menjawab/merungkai kemusykilan secara peribadi? Hal ini saya nyatakan demikian kerana walaupun banyak MD yang ada dalam grup media sosial, seperti grup Telegram BM SPM, tetapi tidak menampilkan diri untuk meleraikan kemusykilan bahasa yang diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu. Adakah hal ini di luar bidang kuasa MD? Hamba menantikan balasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Munsyi Dewan ialah pakar bidang, penceramah dan fasilitator yang ditauliahkan oleh DBP untuk membantu DBP mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar/pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan berperanan membantu fungsi DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Seseorang Munsyi Dewan (Bahasa) perlu menjadikan bahan rujukan bahasa terbitan DBP yang sahih dan bersesuaian dengan konteks untuk menjawab segala isu bahasa yang diutarakan. Selaras dengan peranan Munsyi Dewan (Bahasa) sebagai pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia, Munsyi Dewan (Bahasa) berperanan membantu merungkaikan permasalahan atau kemusykilan bahasa sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berdasarkan panduan dan pegangan  standard yang dikeluarkan oleh DBP.

Lain-lain05.04.2023
Bab 9 buku "Olih atau Oleh" terbitan DBP menerangkan penggunaan kata ganti singkat. (1) Adakah penerangan dalam bab ini bersandarkan Tatabahasa Dewan? (2) Adakah DBP mengiktiraf pandangan penulis itu?Penulis tersebut merupakan salah seorang karyawan DBP. Segala apa yang ditulisnya seharusnya mengikut rujukan utama di DBP.Lain-lain10.04.2009
Selamat malam,Puan.Bolehkah saya tanya apakah maksud sistem insurans islam dari segi perniagaan?Pada asasnya sesuatu sistem yang bersandarkan Islam termasuklah insurans ialah peraturan yang mengikut asas dan hukum agama Islam. Untuk maksud yang lebih terperinci, sila rujuk artikel atau jurnal yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Makna18.11.2021
Ejaan 'atlit' yang diguna sejak menuntut di U hingga kini saya menggunakan ejaan tersebut. Pertamanya sebutan adalah bersamaan dan kamus terdahulu meletakkan 'atlit'. Persoalan saya ejaan 'atlet' bersandarkan penggunaan sebutan 'e' taling atau 'e' pepet adalah tidak betul. Penulisan saya dalam semua buku, jurnal, tesis, memorandum dan nota jemaah menteri mengngunakan ejaan 'atlit'. Mohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete.Tatabahasa02.10.2014
apakah maksud bertunjangkan keharmonian?

Salam sejahtera,

Bertunjangkan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berasaskan, berdasarkan, bersandarkan manakala keharmonian berasal dari kata dasar harmoni bersinonim dengan
bahagia, rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat. Keharmonian menurut Kamus Dewan pula bermaksud, keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian, kemesraan.

Oleh itu, bertunjangkan keharmonian boleh disamaertikan dengan berasaskan kemesraan, berdasarkan kesejahteraan dan berasandarkan kebahagiaan.

Makna01.11.2012
Saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan 'asset-backed sukuk' menurut pengertian dpb/prpm. Saya telah cuba mencari perkataan tersebut dalam 'carian kata' namun tidak ditemui. terima kasihAsset-backed sukuk ialah sukuk bersandarkan aset. Sukuk ialah sijil yang menunjukkan pemilikan atau hak tuntutan perolehan yang berasaskan syariah. Pemegang sijil boleh memiliki aset yang nyata dalam bentuk syer harta atau syer usaha niaga mengikut kadar tertentu.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web www.sukuk.me, www.arabianbussiness.com, atau www.mifc.com. Istilah10.06.2011
12

Kembali ke atas