legenda atau lagenda | Legenda ialah cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Makna | 24.05.2010 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan penjelasan dari DBP tentang tiga perkara yang bersangkutan dengan sebutan / bahasa baku. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan baku sebenarnya dalam kontek bahasa? Kedua, sejauh manakah penggunaan sebutan / bahasa baku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia? Ketiga, apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia dalam isu baku ini kerana terdapat banyak keputusan / tindakan yang bercanggah dan tidak konsisten yang mengelirukan pengguna / rakyat dewasa ini. Justeru, pandangan muktamad serta pendirian DBP amat diharapkan dan sekiranya terdapat langkah atau usaha ke arah menguatkuasakannya semula, pohon diberi penjelasan juga. Terima kasih. | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sejauh manakah penggunaan bahasa baku dalam kehidupan rakyat Malaysia dan pendirian kerajaan Malaysia berhubung hal ini, sila rujuk buku-buku berkenaan, makalah atau pusat rujukan berkaitan. | Lain-lain | 29.07.2010 |
INGIN MENGETAHUI SAMA ADA PERKATAAN YANG BETUL BAGI LAGENDA. LAGENDA ATAU LEGENDA? | Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
Saya mahu bertanya perbezaan penggunaan "legenda" dan "lagenda". | Perkataan atau ejaan yang tepat ialah lagenda yang bermaksud cerita (yang tidak dapat dipastikan benar tidaknya) yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah. | Ejaan | 15.08.2018 |
Tolong tuan tunjukkan cara betul menggunakan "berkait" dan "berkaitan" dalam sesuatu ayat? | Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud: i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya; ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. | Tatabahasa | 27.08.2011 |
Maksud penggunaan bagi kata ejaan LAGENDA atau LEGENDA..mana satu yang adalah lebih tepat kepenggunaannya untuk diguna pakai? | Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. | Ejaan | 13.01.2010 |
Salam, saya ingin meminta pencerahan tentang perkataan 'riak'. 'Riak' mempunyai banyak maksud. Namun, saya keliru untuk mengambil makna yang mana satu di antara banyak makna tersebut. Saya lihat hampir kesemua maknanya bersangkutan dengan gerakan/reaksi/tindak balas sesuatu. Tiada satu pun yang merujuk perasaan diri. 'Riak' yang saya maksudkan ialah sifat yang angkuh, sombong, bongkak dan bangga diri. Sekian, terima kasih. | Wa alaikumussalam. Riak yang puan maksudkan itu ialah perkataan riyak yang berasal daripada bahasa Arab. Sila lihat maksud riyak dalam Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 1337. | Makna | 11.09.2014 |
1. Salam. Bagaimana cara bagi menentukan penggunaan di dalam dan dalam? 2. Mengapakah 'dalam kalangan' diguna-pakai? 3. Pun - kedudukannya rapat atau jarak - ataupun / atau pun 4. Adakah bahan terbitan seperti 'pamphlet' untuk dirujuk bersangkutan dengan tatabahasa terkini bahasa Melayu. Terima Kasih. | Puan Norhayati, Kita menggunakan dalam kalangan kerana di hanya merujuk tempat dan masa. Manakala ataupun dieja sebagai satu perkataan. Bahan rujukan yang paling baik ialah buku tatabahasa Dewan. Mengenai bahan rujukan lain ia memang boleh didapati di bahagian Promosi dan Pengiktirafan di Dewan Bahasa dan Pustaka | Tatabahasa | 16.08.2010 |
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN | 1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahan | Makna | 01.08.2007 |
perkataan 'berhubungan' wujud atau tidak. dan apakah maknanya. Sekian, terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan berhubungan bermaksud 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan. | Istilah | 25.11.2009 |