Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : minta pertim-bangan (bagaimana baiknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : turut serta (dlm sesuatu per-kongsian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 ber­henti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sara2
Kata Terbitan : bersara, menyara, pesara, bersara,

Peribahasa

411

The more you have, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud “persaraan perkerja”?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, persaraan bermaksud perihal (keadaan dan sebagainya) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara. Pekerja pula bermaksud orang yang bekerja (lazimnya untuk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yang memegang sesuatu jawatan (dalam perkhidmatan awam atau swasta).

Persaraan pekerja ialah perihal bersara oleh seseorang yang bekerja.
Makna29.12.2021
1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan.1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). Tatabahasa17.09.2010
Anggota kerja telah disarankan oleh Ketua Jabatan untuk disarakan kerana masalah kesihatan. Soalannya: Betulkan penggunaan perkataan DISARAKAN dalam ayat di atas?

Puan,

Perkataan yang lebih sesuai dan betul ialah bersara. Oleh itu ayat yang betul ialah ' Anggota kerja telah disarankan untuk bersara kerana masalah kesihatan'.

Tatabahasa27.07.2010
Tuan, _________ Farhan sudah hampir 10 tahun bersara dalam bidang perguruan. A. Pak cik B. Pak Cik C. Pakcik D. pak cik Yang manakah jawapan betul ?Jawapan yang betul ialah B. Pak Cik FarhanEjaan16.03.2013
contoh penggunaan ayat nazir. Terima kasihSebelum bersara pada bulan Julai 1953, beliau bertugas sebagai "nazir" sekolah-sekolah di Pulau Pinang selama lima tahun.Lain-lain21.02.2022
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih.Wassalam,

Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/

Terim kasih.
Lain-lain18.10.2017
apakah salutasi yang digunakan untuk Bekas Kadi Besar Negeri yang telah bersaraUntuk makluman puan, panggilan hormat/salutasi bagi Kadi Besar/Kadi ialah  Sahibul Fadillah. Walau bagaimanapun tiada panggilan hormat/salutasi khas bagi mantan Kadi Besar/Kadi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya.  Lain-lain28.02.2023
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan

Saudara Tajmohd,

Kami cadangkan frasa berikut:

i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori

Lain-lain16.07.2009
apakah panggilan hormat (salutasi) yang sesuai untuk Bekas Kadi Besar yang telah bersara?Untuk makluman puan, panggilan hormat/salutasi bagi Kadi Besar/Kadi ialah  Sahibul Fadillah. Walau bagaimanapun tiada panggilan hormat/salutasi khas bagi mantan Kadi Besar/Kadi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya.  Lain-lain28.02.2023
apakah salutasi yang sesuai untuk jawatan Kadi Besar Negeri Johor yang telah bersaraKata sapaan yang sesuai digunakan dalam konteks ini ialah "Tuan/Encik", yang merujuk kata panggilan bagi orang lelaki yang dihormati atau yang berpangkat dan yang tidak bergelar Dato'. 
Lain-lain26.02.2023
1234

Kembali ke atas