Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ra.pan] | برسارڤن

Definisi : mengambil sarapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersarapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adik bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Adakah perkataan Sebelum kata hubung?"Sebelum" bukan kata hubung, sebaliknya "sebelum" ialah kata bantu aspek yang hadir sebelum atau sesudah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Tatabahasa07.06.2016
DBP yg dihormati, "At what time did you have your breakfast?" How to translate it? "Pada pukul berapakah kamu bersarapan?" Ayat tersebut betul atau salah? Jika betul,mengapakah kita tidak menggunakan perkataan 'telah' untuk 'did'? Terima kasih DBP

Ct Nabilah,

Terjemahan itu betul namun jika mengikut cara orang Melayu bertanya ia seharusnya berbunyi - Pukul berapa awak atau anda bersarapan?.

Bagi soalan kedua, perkataan did tidak diterjemahkan kerana dalam bahasa Melayu telah - mengikut sesetengah ahli bahasa masih terikat dengan bahasa Inggeris, jadi memadai jika did tidak diterjemahkan.

Tatabahasa14.07.2010
Salam, adakah 'sebelum' dan 'selepas' merupakan kata hubung? Ayat contoh: 1. Saya membasuh tangan sebelum menjamah makanan. 2. Ayah pergi bekerja selepas bersarapan. Terima kasih.'Kata selepas' dan 'sebelum' termasuk dalam kata penghubung. Jika kata tersebut digunakan dalam ayat, biasanya ayat tersebut merupakan ayat majmuk.Lain-lain16.06.2017
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
Tatabahasa20.01.2015

Kembali ke atas