Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan penggunaan istilah/perkataan yang betul atau lebih tepat: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun Pertubuhan Bangsa Bersatu. 2. Untuk tujuan penulisan, mana yang lebih sempurna: 'cuma' atau 'hanya'? 3. Adakah terdapat istilah bahasa Melayu (bukan pinjaman) selain daripada perkataan 'prosiding' dalam bahan terjemahan daripada 'proceedings'? 4. Yang mana satu terjemahan yang lebih sempurna: daripada 'English' kepada 'Inggeris' atau 'bahasa Inggeris'? 5. Bolehkah 'legal personality' diterjemahkan kepada 'perwatakan perundangan'. Jika tidak, apakah terjemahan yang tepat? Ribuan terima kasih. Semoga khidmat ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dan pencinta bahasa Melayu. | i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (nama khas) 2. Kedua-dua perkataan boleh digunakan. 3. Maksud proceeding ialah tindakan undang-undang, perjalanan(course of action), rekod. 4. bahasa Inggeris 5. keperibadian undang-undang | Lain-lain | 07.06.2008 |
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih. | 1. Kain itu berlatar warna gelap. 2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu. 3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih! | Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
1. Apakah maksud minit curai? 2. Apakah perbezaan antara minit curai dengan minit mesyuarat sebenar? Terima kasih. | Curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang. | Makna | 13.03.2008 |
Salam 1 Malaysia, Soalan saya adalah seperti berikut : 1) Wujudkah perkataan "dipertugaskan"? 2) Bagaimanakah cara menggunakan imbuhan "diper .... kan"? | 1. Tidak. 2. Terdapat dua pengetian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu: i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu. ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
Mana satukah yang betul: 1. Buku itu mengandung tiga bab ATAU Buku itu mengandungi tiga bab. 2. Bergantung pada ATAU bergantung kepada 3. KOMERSIL atau KOMERSIAL 4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. 5. Perlu ke gunakan koma pada akhir baris setiap lirik lagu . Contoh: negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju, ATAU: negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju | Salam sejahtera, 1. Buku itu mengandungi tiga bab 2. Frasa yang betul ialah bergantung pada. 3. KOMERSIAL 4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. Kedua-dua ayat yang digunakan tersebut betul, namun penggunaan ayat yang pertama adalah lebih gramatis. 5. Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam, dan udang di pasar. Lazimnya tidak perlu diletak koma pada lirik lagu. | Tatabahasa | 24.11.2012 |
Salam Khidmat Nasihat DBP, Disertakan kekeliruan saya dalam tatabahas. | 1. Kata demi yang bersinonim dengan untukĀ bertugas membawa makna tujuan seperti rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi/untuk kestabilan negara. Adapun ayat contoh yang diberikan surat pekeliling daripada Kementerian Pelajaran telah ditampal pada papan kenyataan untuk perhatian semua guru. Perkataan untuk dalam ayat tersebut tidak boleh bertukar dengan kata demi kerana untuk dalam ayat ini berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Sebaliknya kata untuk dalam ayat tersebut boleh bervariasi dengan bagi. 2. Frasa di mana digunakan dalam ayat tanya. Dalam ayat contoh yang diberi frasa di mana hendaklah digantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai seperti dan. 3. Berdasarkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek. Namun isunya di sini penggunaan kata pemeri adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif seperti "adalah untuk". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
apakah definisi bagi konsep persatuan? | 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; Sila rujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat yang lebih terperinci. | Lain-lain | 06.10.2009 |