HIETROGEN | Perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami. Perkataan yang hampir dengan ejaan perkataan tersebut ialah hidrogen yang bermaksud gas yg tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bersebati dgn oksigen. ~ klorida ist gas tidak berwarna, mengakis, berbau sengit dan digunakan dlm bahan kimia organik. | Makna | 06.06.2010 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan. Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut; 1. Lori itu muat dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |