Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.gi] | برس-ݢي

Definisi : ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.gi] | برس-ݢي

Definisi : ada seginya: Tiangnya ~ empat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Sapu tangan bersegi empat,
     Lalu ditinggal batu empat;
Luka di tangan dapat diubat,
     Luka di hati siapa melihat.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Betung bulat tak bersegi,
     pipit jantan tak bersarang.

Bermaksud :

Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bahasa melayu yang betul bagi perkataan 'curved chord Pratt truss', 'Quadrangular warren truss' dan 'subdivided warren truss'?Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. curved chord Pratt truss - kekuda Pratt kord melengkung
2. quadrangular warren truss - kekuda Warren bersegi empat
3. subdivided Warren truss - kekuda Warren terangkai
Istilah09.07.2014

Kembali ke atas