Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ja.rah] | برسجاره

Definisi : 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ja.rah] | برسجاره

Definisi : ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan "bandar raya" dan frasa "Melaka Bandaraya Bersejarah". Melaka Bandaraya Bersejarah atau Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Bandar Raya Melaka Bersejarah? Frasa yang manakah betul? Dalam ayat seperti Lawatan ke Melaka...., frasa yang manakah harus saya gunakan? Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Lawatan ke Bandar Raya Melaka Bersejarah atau Lawatan ke Bandaraya Melaka Bersejarah? Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya merungkai kekeliruan ini. Terima kasih.Bandar Raya Melaka Bersejarah ialah ialah kata nama khas yang telah diwartakan dengan nama yang tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah.Lain-lain15.12.2011
Melaka Bandaraya Bersejarah atau Melaka Bandar Raya Bersejarah atau ????Ejaan nama khas seperti yang telah didaftarkan ialah Melaka Bandaraya Bersejarah.Ejaan03.03.2014
Adakah "Melaka Bandaraya Bersejarah" betul atau "Melaka Bandar Raya Bersejarah" Bagaimanakah kita bezakan kata majmuk yang dieja bersambung atau berpisah? Terima kasih

Ejaan yang betul ialah bandar raya. Walau bagaimanapun, bagi ejaan nama khas seperti Melaka Bandaraya Bersejarah, perkataan Bandaraya dieja sebagai satu perkataan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, m/s 133.

Tatabahasa21.03.2011
Seperti berkepil.1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari.Makna27.12.2006
Tepatkah ayat berikut dari segi penggunaan huruf besar / kecil bagi yang bertanda " ": Hazman tinggal di "bandar raya Melaka Bersejarah."Penggunaan huruf besar atau kecil yang betul ialah 'Hazman tinggal di Bandar Raya Melaka Bersejarah kerana bandar raya tersebut digandingkan dengan penerang nama khas.Tatabahasa01.03.2007
Antara tiga nama bagi kerajaan tempatan berikut, yang manakah tepat (1) Majlis Perbandaran Bandar Raya Pelancongan Langkawi; (2) Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah; dan (3) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam? Yang mana satu yang betul?Yang betul ialah Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.Lain-lain26.06.2006
Mohon pencerahan berkaitan papantanda di Negeri Melaka yang ada perkataan Bandaraya Bersejarah. Soalan: Adakah ejaan untuk Negeri Melaka telah diwarta sebagai Bandaraya ataukah perlu TUKAR kepada Bandar Raya? Moga mendapat pencerahan dan Kirannya ada sokongan rujukan amatlah disanjungi dan dihargai.

Kata nama khas yang telah diwartakan, ejaan “bandaraya” ditulis rapat, iaitu “Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah”, manakala bagi kata nama am “bandar raya” ditulis terpisah.

 

Ejaan11.12.2023
saya perlukan rencana mengenai bangunan bersejarah sultan abdul samad daripada majalah

Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

Lain-lain07.03.2009
Setiap bulan Ogos, tentunya kita meraikan hari bersejarah ini. Bolehkah tuan jelaskan istilah yang manakah lebih sesuai, HARI KEMERDEKAAN atau HARI KEBANGSAAN dan mohon penjelasan tentang istilah tersebut. Sekian, terima kasih
Mengikut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, "Hari Kebangsaan" bermaksud hari yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun di Malaysia yang bertujuan untuk memperingati kemerdekaan tanah air. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 

Makna29.07.2022
1.Pelancong-pelancong yang melawat ke bangunan bersejarah itu terpegun oleh keindahan seni bina yang begitu unik sekali. (Sila tunjukkan kesalahan dalam ayat ini) 2. Apakah perbezaan antara imbuhan men... dan men...kan?

1. Ayat ini betul.

2. Awalan meN- ialah awalan untuk membentuk kata kerja aktif, meN- boleh menjadi me- (memasak nasi). meN- menjadi mem- (membaca buku), meN- menjadi men- ( mencuci pakaian), meN- menjadi meng- (menggali lubang). Manakala apitan men-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan mempunyai kelainan seperti awalan meN-. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. 

Tatabahasa21.10.2009
1234

Kembali ke atas