Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ko.lah] | برسکوله

Definisi : 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ko.lah] | برسکوله

Definisi : 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami bersekolah bersama-sama. Ayat ini betul?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Dia bersekolah di sekolah saya. Adakah ayat ini betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
siapa bersekolah?Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain10.02.2011
Selamat sejahtera, Betulkah ayat ini? Abang saya bersekolah sama dengan saya di SK Bukit Baru. Terima kasih.Ayat yang diberi lazimnya diungkapkan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis, Saya dan abang saya bersekolah di SK Bukit Baru.Tatabahasa15.09.2016
Di manakah (kamu / awak) bersekolah? Simpan alat muzik (kamu / awak) dengan baik. Jawapan yang mana satu paling tepat? Apakah perbezaan antara 'kamu' dengan 'awak'? Sila berikan penerangan. Terima kasih.

Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Melihat kepada makna kamus ayat 'Di manakah kamu/awak bersekolah? Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' adalah betul.

Tatabahasa25.02.2011
asalamualaiku..salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah saya masih boleh menghantar sajak-sajak hasil penulisan saya kepada Dewan Puisi Siswa dan Pelajar walaupun kini saya sudah tidak bersekolah lagi? Dan adakah saya masih diberi saguhati bagi hasil penulisan yang akan saya hantar tersebut seperti mana semasa saya masih bersekolah sebelum ini?Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Sekiranya tuan masih menuntut di IPT, tuan boleh menghantar karya kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta atau Dewan Budaya mengikut tema majalah masing-masing. Dewan Pelajar dikhususkan untuk pelajar yang berusia antara 7 hingga 13 tahun. Ya, sajak atau puisi tuan yang diterbitkan akan dibayar honorarium.Lain-lain03.05.2012
asalamualaiku..salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah saya masih boleh menghantar sajak-sajak hasil penulisan saya kepada Dewan Puisi Siswa dan Pelajar walaupun kini saya sudah tidak bersekolah lagi? Dan adakah saya masih diberi saguhati bagi hasil penulisan yang akan saya hantar tersebut seperti mana semasa saya masih bersekolah sebelum ini?Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan  sedang menuntut di universiti, tuan masih boleh menghantar puisi kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah terbitan DBP yang lain, seperti Tunas Cipta,Dewan Budaya, dan Pelita Bahasa dan puisi yang dihantar hendaklah sesuai dengan majalah masing-masing. Majalah Dewan Pelajar pula dikhususkan kepada karya oleh pelajar sekolah yang berusia antara 7 hingg 13 tahun.Lain-lain14.04.2012
Assalam tuan, 1. Adakah kata nama am yang menjadi kata terbitan seperti bersekolah masih lagi dianggap sebagai kata nama am? 2. Adakah perkataan 'bulan' dalam ayat " Encik Kamal akan pulang ke kampung pada bulan April" perlu ditulis dengan huruf besar dan sekiranya tidak perlu adakah ianya dikira sebagai kata nama am? Terima kasih, tuan. En Nor Khalid b Musi

1. Sekolah ialah kata nama am. Bersekolah ialah kata kerja.

2. Perkataan 'bulan' ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.

 

Tatabahasa31.03.2011
Anak-anak Cikgu Ahmad ________ bersekolah lagi ketika beliau berpindah ke sekolah yang baharu. jawapannya masih atau belumJawapan yang betul ialah belum.Tatabahasa29.10.2014
Salam tuan...saya Cikgu Nasir dari Sekolah Seri Puteri...ada kemusykilan,harap tuan dapat bantu. Tuan,saya dah rujuk perkataan 'mangkir' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(ms 993)..maknanya tidak hadir(bekerja,bersekolah,dll),tidak datang...cuma persoalan saya ialah mengapa perkataan mangkir ini tidak boleh menerima imbuhan?contoh 'kemangkiran'..adakah perkataan ini memang tidak boleh menerima imbuhan atau sebaliknya...harap tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih tuan.Kata mangkir dalam Kamus Dewan ditandakan sebagai bp tidak hadir (bekerja, bersekolah, dll), tidak datang. simbol bp di sini bermaksud bahasa percakapan yang membawa maksud tidak datang. Oleh itu, bahasa percakapan lazimnya tidak diberikan imbuhan kerana tidak digunakan dalam situasi rasmi.Tatabahasa21.07.2011
123

Kembali ke atas