Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam tuan, 1. Adakah kata nama am yang menjadi kata terbitan seperti bersekolah masih lagi dianggap sebagai kata nama am? 2. Adakah perkataan 'bulan' dalam ayat " Encik Kamal akan pulang ke kampung pada bulan April" perlu ditulis dengan huruf besar dan sekiranya tidak perlu adakah ianya dikira sebagai kata nama am? Terima kasih, tuan. En Nor Khalid b Musi

1. Sekolah ialah kata nama am. Bersekolah ialah kata kerja.

2. Perkataan 'bulan' ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.

 

Tatabahasa31.03.2011
saya mahu memdaftar masuk anak saya ke tahun 1 di sek keb seri merlong,rengit...sekarang anak saya bersekolah di sek.pra long pasia ,sipitang .sabah..soalan saya sekarang bolehkah saya membuat pendaftaran melalui online?Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.Lain-lain02.10.2013
Salam sejehtera. A Soalan saya masih merujuk tentang "kata hubung berpasangan'. Oleh kerana perkara tersebut tidak terdapat dalam Tatabahasa Dewan, apakah status ayat-ayat berikut? 1. Sungguhpun dia miskin tetapi dia masih menghulurkan derma kepada orang lain. 2. Walaupun dia tidak dapat bersekolah, namun dia masih mengambil kelas tuisyen. B Adakah dua atau lebih 'kata hubung' boleh hadir di dalam satu ayat ? Jika ada, harap dapat tuan berikan contohnya. Terima kasih.Kata hubung berpasangan walaupun ... namun dan sungguhpun ... tetapi tidak gramatis. Kata hubung walaupun (dan sungguhpun) lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti walaupun hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur dan sungguhpun tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga.Tatabahasa13.03.2013
Salam sejahtera. Soalan (1) Apakah kata dasar bagi perkataan 'persekitaran'? Adakah jawapannya 'kitar' atau 'sekitar'? Soalan (2). Bolehkah sesuatu ayat yang lengkap dan gramatis dibina menggunakan kata akar (morfem terikat) sahaja tanpa menambahkan sebarang imbuhan atau menjadikannya sebagai kata majmuk? Terima kasih.

1. Kata dasar bagi perkataan persekitaran ialah “kitar”.

2. Sesuatu ayat yang lengkap dan gramatis tidak boleh dibina dengan menggunakan kata akar (morfem terikat) sahaja. Morfem terikat akan menyebabkan sesuatu kata berubah jenis kata. Sebagai contoh, sekolah dan bersekolah yang mempunyai jenis kata yang berbeza. Imbuhan menyebabkan kata tersebut berubah fungsi daripada kata nama kepada kata kerja. Kata majmuk pula dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

Tatabahasa13.12.2021
Boleh saya dapatkan pengesahan berikut dalam konteks terjemahan sari kata: 1. Awak semua / Kamu semua - berdasarkan pencarian saya, kedua-duanya diterima, betul? 2. Awak berdua / Kamu berdua - Soalan ini pernah ditanya dalam Khidmat Nasihat, jawapan yang diberikan ialah "Kamu berdua". Jika demikian, mengapa "Awak semua/Kamu semua" diterima dalam 1?
Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah:
  • "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
  • "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Tatabahasa26.06.2021
Saya telah mengajukan soalan ini namun jawapan yang diberi tidak menjawab soalan saya. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan.
Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah:
  • "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
  • "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, puan bolehlah merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa28.06.2021
Apa beza antara 2 perkataan ini? Kamu awak Penggunaan....contoh ayat.. terima kasih.Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. 
Contoh ayat ialah:
1. 'Di manakah kamu/awak bersekolah?
2. Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' 
Tatabahasa29.06.2016

Kembali ke atas