Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ditulis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau; Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu | Cara penulisan yang betul ialah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. | Tatabahasa | 30.01.2016 |
Tuan, Apakah perbezaan antara gelaran Dato' dengan Datuk? Saya pernah membaca Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar yang mengatakan bahawa Dato' ialah gelaran daripada Sultan-sultan [ Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu] manakala Datuk ialah gelaran dari peringkat Persekutuan dan negeri-negeri Selat seperti PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. Adakah benar? Sekian, terima kasih. | Kenyataan saudara adalah betul, Dato' ialah gelaran daripada Sultan, manakala Datuk ialah gelaran daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 03.06.2010 |
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992 | Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992 | Ejaan | 28.03.2005 |
KKM akan menerbitkan majalah/buletin dimana kandungannya berkaitan aktiviti semasa perkhidmatan-perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu seperti Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan), Jururawat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Farmasi dll. Mohon pandangan tuan memilih salah atau daripada tajuk-tajuk dibawah atau pihak mengesyorkan satu tajuk yang sesuai. 1) Info SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 2) Rangkaian SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 3) Buletin SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) Atas khidmat nasihat pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMAN | Berdasarkan latar belakang yang ringkas dan tidak mendalam yang diberikan oleh sdr, saya mencadangkan buletin/mjalah sdr di berikan judul "Buletin SKB". | Lain-lain | 21.04.2008 |
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP bahawa adakah 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam ayat 'Semangat kebangsaan tersebut terbukti apabila mereka sanggup bergabung parti dalam suatu wadah politik nasional untuk kepentingan perpaduan bangsa sesuai dengan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dan Bersekutu Bertambah Mutu.' ialah peribahasa dan apakah maksudnya dan juga maksud bagi frasa 'dalam suatu wadah politik'. Terima Kasih. (ayat tersebut dipetik daripada buku yang berjudul Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia daripada A. Aziz Derman dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. ) Terima Kasih. | Dari aspek bahasa, frasa "Bersekutu Bertambah Mutu" betul dan slogan tersebut telah mantap penggunaannya bagi sebuah organisasi. Tidak ada maksud "dalam satu wadah politik" dalam data kami, apa yang dapat kami bantu adalah dengan memberi maksud kata demi kata, dan kata yang agak sukar difahami ialah wadah yang bermaksud medan. Maka frasa tersebut bolehlah diungkapkan sebagai "dalam satu medan politik". Untuk mendapatkan tafsiran yang lain tentang maksud frasa-frasa berkenaan seperti dari aspek sains politik, tuan boleh merujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan aspek berkenaan. | Tatabahasa | 04.12.2014 |
huruf 'n' yg ke-2 bg nama khas Negeri-negeri Melayu Bersekutu perlu dieja Negeri-negeri... @ Negeri-Negeri... begitu jg bg nama khas yg lain spt. Peringatan Raja-raja Kedah, Undang-undang Kedah, Negeri-negeri Selat. harap dtp bantu saya. Terima kasih. | Nama-nama khas seperti Negeri-Negeri Bersekutu, Undang-Undang Kedah, Negeri-Negeri Selat ditulis dengan huruf besar pada kata ganda yang kedua. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Maju Trading arm | Syarikat Subsidiari Maju Trading/Syarikat Bersekutu Maju Trading | Tatabahasa | 09.05.2007 |
Hi, menurut Arkib Soalan anda, setiap perkataan dalam kata ganda harus dimulakan dengan huruf besar, misalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Majlis Raja-Raja Yang Di-Pertuan Negeri. Adakah ini masih betul? | Bukan setiap ganda yang harus dimulakan dengan huruf besar, tetapi kata nama khas. Dalam konteks ini contoh-contoh yang diberi ialah kata nama khas, oleh itu setiap awalan katanya berhuruf besar. | Tatabahasa | 04.12.2007 |
Salam Saya mencari makna 'klik' dalam PRPM. Namun makna 1 seperti yang ada dalam Kamus Dewan Edisi 4 (sekumpulan rakan yg bersekutu...) tidak ada. Adakah ini bermaksud makna 1 ini telah digugurkan atau hanya satu kesilapan teknikal? | Untuk makluman, data yang paling tepat ialah data yang terkandung dalam edisi bercetak iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat. Kehilangan makna KLIK 1, mungkin disebabkan kesilapan teknikal ketika pemasukan data. | Makna | 01.03.2019 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat. Mohon bantuan terjemahan yang sesuai bagi 'Retrenchment Commission' dalam bahasa Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1923 sebagai langkah untuk menyelesaikan krisis kewangan persekutuan. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam, Tuan, Kami mencadangkan Suruhanjaya Penghematan. Sekian. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2017 |