Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.la.ngan] | برسلڠن

Definisi : ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.la.ngan] | برسلڠن

Definisi : menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berselangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelesan terperinci perbezaan ciri-ciri antara pantun dengan syair. Sekian, terima kasihPuan,

Pantun dan syair ialah puisi Melayu tradisional yang masing-masing mempuanyai ciri-ciri tertentu.
 Ciri-ciri pantun antaranya
-Struktur pantun mempunyai  iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang biasanya gambaran alam manakala maksud gambaran dan sifat dan sikap manusia.
- pantun ada pantun 2 kerat ( 2 baris serangkap),  4 kerat, 6 dan lapan. Tatapi yang popular digunakan 2 dan 4 kerat.
-jumlah kata 3 - 5 perkataan dan jumlah suku kata 8 - 12 suku kata.
-Skema rima di tengah atau hujung baris adalah berjajar berselangan, ab;ab, terdapat juga skema rima aa;aa.
-setiap rangkap mempunyai idea yang lengkap.
-penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

syair,
- empat baris serangkap
- jumlah kata dan suku kata sama dengan suku kata pantun
-skema rima hujungnya sama aa;aa
-keempat-empat baris dalam rangkap ialah kesatuan idea, namun rangkap tidak dapat berdiri sendir dan diikuti rangkap seterusnya membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.

Sekian,
Zabidah Yahya.
Sastera17.04.2012

Kembali ke atas