apakah perbezaan antara bergelimpangan,bertempiaran,bertaburan,berselerak dan bertebaran. | Secara umumnya perkataan bergelimpangan, bertempiaran, bertaburan, berselerakan dan bertebaran mempunyai makna yang bersinonim iaitu keadaan yang tidak teratur, berselerak, menggeletak, bertaburan, keadaan tidak tentu haluan, bersebar, berserak-serak dan sebagainya. Walau bagaimanapun setiap perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Hal ini bermaksud tidak semua perkataan boleh ditukar ganti. Kesalahan memilih perkataan boleh menyebabkan ayat kedengaran janggal dan maksudnya tidak tepat. | Makna | 20.05.2020 |
apakah perbezaan bertaburan dan berhamburan | Dalam Kamus Dewan bertaburan sama maksudnya dengan berhamburan, iaitu berselerak di sana sini. | Tatabahasa | 29.05.2013 |
Assalamualaikum DBP. Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai bagi 'diffuse urbanisation' yang sering digunakan di dalam rujukan/buku/artikel dalam bahasa melayu. Adakah 'pembandaran berbaur' merupakan perkataan yang tepat untuk digantikan? Namun saya gagal menjumpai sebarang term 'pembandaran berbaur' digunakan di dalam penulisan berbahasa melayu. Atau adakah 'pembandaran bersebar' lebih sesuai? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Diffused diterjemahkan kepada berbaur, berselerak dan tersebar. Ada tiga konsep yang perlu dikenal pasti dalam perkataan ini, iaitu berbaur, berselerak dan tersebar, namun tersebar lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang abstrak seperti berita tersebar. Oleh itu, konsep diffused dalam istilah diffused urbanization hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu, sama ada berbaur atau berselerak. Kami mencadangkan terjemahan pembandaran berbaur digunakan sekiranya sesuai dengan konsepnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.06.2019 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya | Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya. Perkataan"menabur" bermaksud -menghamburkan supaya berselerak; kelihatan dengan banyaknya, bertaburan dan tidak sesuai untuk perbuatan yang dilakukan kepada ikan. Ayat yang betul ialah -Kakak mengaulkan ikan-ikan dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya. | Tatabahasa | 22.01.2014 |
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3) | )Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. melayur- lebih sesuai 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang. bersepah/berselerak -lebih sesuai | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |