Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.li.mut.kan] | برسليموتکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg se-limut: ibarat ~ sehelai kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di atas lapang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.li.mut.kan] | برسليموتکن

Definisi : menggunakan sesuatu sbg selimut: Dia ~ sehelai kain batik lepas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selimut (kata nama)
Bersinonim dengan penutup, gebar, kemul;,
Kata Terbitan : berselimut, berselimutkan, menyelimuti,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin tanya mengapakah perkataan yang berimbuhan ber...kan adalah kata kerja tak transitif yang tidak boleh dipasifkan. Terima kasih. :)

Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa  ayat dengan kata kerja tak transitif berimbuhan ber-…-kan yang diikuti oleh pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh ayat: Pengembara itu berselimutkan embun. Ayat ini tidak boleh dipasifkan seperti yang berikut: Embun diselimutkan oleh pengembara itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Halaman 144 – 147).

Tatabahasa20.08.2021
Apakah kesalahan yang terdapat di dalam ayat di bawah? 1) Keretayang Salmah beli itu mahal harganya. 2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah kucing makan. 3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 4) Semua makumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit. 5) Pengemis itu sungguh nyenyak berseimutkan embun. 6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.1) Kereta yang Salmah beli itu mahal harganya.

2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah dimakan oleh kucing.

3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dihadapi.

4) Semua maklumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit.

5) Pengemis itu tidur dengan nyenyak berselimutkan embun.

6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu dibawa ke kem itu.
Tatabahasa21.08.2013

Kembali ke atas