tolong semak kesalahan dalam ayat berikut :- Pencuri yang bersembunyi di atas sepohon kayu itu menggigil apabila disalak anjing. terima kasih. | Ayat ini tidak tepat dari segi fakta kerana pohon bermaksud pokok dan tidak mungkin orang boleh duduk di atas pokok. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
definisi sekodeng/intai | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 kata intai bermaksud melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang dll., mengintip. | Makna | 03.09.2007 |
tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupan | Penyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. | Lain-lain | 14.03.2008 |
crack treatment dalam bahasa melayu? perkataan tersebut merujuk kepada kaedah kawalan ingestasi lipas. | Saudara. Apabila merujuk "crack treatment" dalam konteks infestasi lipas, ia melibatkan usaha-usaha untuk menangani serangan lipas yang bersembunyi di celahan rekahan fizikal. Maka kami mencadangkan istilah yang boleh digunakan ialah "rawatan rekahan". Rekahan bermaksud pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding;. | Makna | 27.06.2014 |
Apakah perbezaan antara pedalaman dan pendalaman? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Istilah | 21.10.2009 |
pedalaman /pendalaman | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja. | Makna | 24.05.2010 |
ejaan yang betul untuk pendalaman @ pedalaman | 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja. . | Makna | 01.07.2009 |
1. kawasan pendalaman atau kawasan pedalaman 2. dibawah atau di bawah 3. diperingkat atau di peringkat | Encik Zamri, 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Oleh itu, frasa yang tepat ialah kawasan pedalaman yang merujuk tempat atau kawasan. 2. di bawah bukan dibawah. 3. di peringkat bukan diperingkat. | Tatabahasa | 27.05.2009 |
Assalamualaikum. apakah perbezaan makna antara pendalaman dan pedalaman. saya mendapat maklumat sekarang ini maknanya membawa maksud yang sama. satu lagi bagaimana penggunaan belakangan dan kebelakangan | Saudara Muyusmaliza, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Makna | 03.08.2009 |