Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara, maka penulis memberikan penekanan khas kepada tempoh masa daripada tahun 1957 hingga 2007. Soalannya: Betulkan penggunaan sendi nama 'daripada' di sini atau lebih baik menggunakan sendi nama 'dari'? | Penggunaan sendi nama yang betul ialah "dari" bagi menerangkan tempoh masa, iaitu dari tahun 1957 hingga 2007. | Tatabahasa | 29.08.2007 |
bolehkah frasa bersempena diikuti dengan perkataan 'dengan' di belakangnya.. (bersempena dengan) terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersempena dikuti dengan perkataan dengan. Contoh ayat: Tarikh pelancaran Persekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan 'dengan' dalam ayat. Antara berikut, yang manakah betul? 1. bersempena dengan Hari Kemerdekaan 2. sempena dengan Hari Kemerdekaan 3. bersempena Hari Kemerdekaan | Frasa yang gramatis ialah bersempena dengan Hari Kemerdekaan ..., perlu ada "dengan" dalam frasa tersebut. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
(Bersempena dengan/Sempena) Hari Guru,Ali menghadiahi gurunya sebatang pen. Dalam ayat ini, kenapa kena guna "Berempena dengan"?Kenapa "sempena" tidak sesuai? | Bersempena dengan Hari Guru, Ali menghadiahi gurunya sebatang pen. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena / sempena Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira / Ali berasa sangat gembira. 3. Bapa membawa kami sekeluarga/ keluarga saya / saya dan keluarga ke Zoo Negara 4Sekolah saya mengadakan hari sukan / Hari Sukan. | 1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira. Saya berasa gembira. 3. Ketiga-tiganya betul. 4. Sekolah saya mengadakan hari sukan. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
1)Setelah enam bulan (melanjut/melanjutkan) pelajaran di luar negara,Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia. 2)(Sempena/Bersempena dengan) hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua. 3)Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas (di/pada) peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Setelah enam bulan melanjutkan pelajaran di luar negara, Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia. 2. Bersempena dengan hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua. 3. Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas pada peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China. | Tatabahasa | 15.07.2012 |
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)? | Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Apakah kata bilangan yang sesuai digunakan dalam ayat di bawah?Para/Setiap? 1) Para/Setiap guru di sekolah itu mendapat penghagaan daripada murid-murid bersempena dengan Hari Guru. | Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi membawa makna yang berbeza. Perkataan para digunakan dalam konteks yang ramai, manakala setiap bermaksud tiap-tiap. Penggunaan kata perlulah bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.06.2013 |